Pantang Sendiri

Saya dh 7 bulan lebih skrg ni first baby. Nnt lepas bersalin saya risau sgt siapa nak jaga saya masa pantang. First baby mungkin taktau byk benda. Family belah sy xde siapa blh jaga, mak saya pun dh meninggal. Mak mertua stkt ni xde offer nk jaga, tp suami suruh duduk rumah mertua. Saya tak nak klu blh tkut x selesa. Jadi, ok ke pantang sendiri & apa persiapan yg perlu klu nk pantang sendiri? Tq

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

👉10 Tip Pemakanan Ini Bantu Mama Cepat Sembuh Masa Berpantang. 💘Selain daripada melakukan pelbagai rutin rawatan tradisional mengembalikan kesegaran badan, anda wajib menjaga aspek pengambilan makanan sepanjang berpantang Anda perlu betul-betul berpantang makan. Ini adalah tempoh pemulihan selepas tubuh 'bekerja' keras sepanjang tempoh kehamilan dan semasa proses kelahiran. . 💘Amalan pemakanan berpantang yang betul memainkan peranan penting mengembalikan tubuh badan yang sihat dan bertenaga semula. Berikut adalah antara perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam aspek pemakanan ketika berpantang. . 1.✅ Makanan kering di minggu pertama 👉Pada minggu pertama, anda digalakkan makan makanan kering bagi membantu mengecutkan rahim. Waktu makan juga mesti tepat untuk mengelakkan perut dimasuki angin. Nasi yang dimakan perlulah dalam keadaan masih panas dan kadarnya sederhana. Tidak mengapa jika anda makan kerap tetapi elak makan jumlah yang banyak. . 👉Pada minggu kedua dan seterusnya pula, anda sudah boleh mula makan makanan yang berkuah seperti sup sayur, sup ikan dan buah-buahan supaya badan mendapat makanan berkhasiat. . 2.✅ Elak makanan berlemak 👉Semasa berpantang, hindari diri daripada mengambil makanan berlemak dan berminyak. Jika anda prihatin terhadap pengurangan berat badan, kawallah makanan yang diambil. Oleh itu, banyakkan makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman serta buah-buahan di samping sumber protein yang lain. . 3.✅ Pengambilan air mencukupi 👉Orang tua-tua dahulu melarang ibu lepas bersalin minum air dalam jumlah yang banyak dalam satu-satu masa. Ia dikatakan boleh menjadi punca perut buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim dan faraj longgar. 👉Namun, air penting untuk penghasilan susu ibu dan membantu proses penyembuhan. Jadi, pastikan anda cukupkan pengambilan air sekurang-kurangnya dua liter sehari tetapi ia diambil dalam amaun yang sedikit setiap kali. . 4.✅ Jangan lupakan halia 👉Dalam menu masakan berpantang, biasanya halia wajib ada. Ia bersifat ‘panas’ dan ‘kering’. Sebab itulah, anda digalakkan mengambil halia semasa berpantang untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman. 👉Tetapi, jika bayi mengalami jaundis, anda perlu mengelakkan diri daripada makan halia buat sementara waktu. Dibimbangi paras bilirubinnya tidak turun akibat kandungan halia yang tinggi dalam susu ibu. 5.✅ Makanan penambah susu ibu 👉Anda sangat disarankan untuk mengambil makanan yang dipercayai boleh menambah susu ibu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar. Makanan tersebut adalah seperti cekur manis, lobak merah dan putih; peria dan pegaga. 👉Sekiranya diambil secara kerap, ia juga membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh. Jadi, ia baik untuk kesihatan anda. . 6.✅ Pemberi tenaga 👉Anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga. . 7.✅ Baik untuk antioksida 👉Semasa dalam pantang, anda perlu membuang toksin dalam badan supaya kembali segar. Antara ulam yang sesuai dimakan ialah pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia. 👉Ulam-ulaman ini bersifat anti oksida kerana mengandungi serat, zat galian dan pelbagai vitamin antaranya A, C dan E. . 8.✅ Banyakkan makan ikan segar 👉Pemilihan ikan segar sebagai makanan pantang juga penting. Ikan segar dan tidak gatal yang sesuai untuk ibu berpantang ialah haruan, tenggiri, selar, merah dan banyak lagi. 👉Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Jika salah pengambilannya, anda berisiko mengalami alahan dan boleh menyebabkan bentan. . 9.✅ Makanan penyembuh 👉Untuk memastikan luka kembali sembuh, buah oren mempunyai khasiat penyembuhan. Ia mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi untuk mengembalikan kesihatan badan anda. 👉Selain itu, elakkan makanan yang menjalar, berangin dan sejuk. Antaranya seperti kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Minuman seperti tebu dan cincau juga tidak boleh. Buah seperti jambu, nanas, pisang, cempedak pun sama. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi. . 10.✅Kecutkan rahim 👉Amalan makan kunyit bersama nasi panas selama 40 hari, mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. 👉Namun, anda perlu mengelakkan makan kunyit buat sementara waktu sekiranya bayi masih lagi dijangkiti jaundis.

Baca lagi

Mcm sy pun dua2 dh xde.. Belah suami & sy. Tp suami mntak pantang dgn makcik sy.. Sy awal2 lg tolak. Ckp xnk.. Smpai nangis2 dpn dia. Sy nk pantang sndiri tp tu la.. Suami ckp dia xtaw apa2.. Sy pun xtaw apa2.. Ank 1st kan. Sy ckp, xpe.. Nti sy p pantang dkt pulau sorang2. Kalau xtaw, blh blaja kan... Baru la dia ok. Hahaha Sy bkn xnk pantang dgn mkcik sy.. Tp sy dh tgk sndiri cara dia. Ank dia pon xnk pantang dgn dia. Byk bnda pelik2... Lbh drp tok bomoh dh sy tgk. Drp sy meroyan hadap dia, baik la sy buat semua sndiri. Sy byk buat list & google apa yg perlu masa pantang nti. Ada jgak yg tnya kwn2 yg dh pernah bersalin. Tu jela yg sy mampu buat...

Baca lagi
5y ago

Insyaallah moga dipermudahkan utk awak

Sy pantang sendiri dgn husband. Walaupun stay rumah mentua.. Sy dan suami buat semua sendiri kecuali tanam uri baby, mentua lelaki bantu. Sy czer.. Makanan, husband beli je.. Mandi air suam je.. Baby, sy dan husband handle.. Hari2 ulang alik pegi hosp.. Cek kuning baby. Husband cuti 10hari.. Sis jgn bimbang sgt tntg berpantang.. Yg penting, sis abaikn kerja2 rumah.. Fokus baby dan diri sendiri je.. Mknan beli je.. X pyh masak.. Lagi stress di rumah mentua kalau mentua cerewet. Mentua sy kerja so, mmg kami buat semua sendiri..

Baca lagi
5y ago

Oo ok. Tq tau awak.. Sy dpt idea dah sikit camne nk pantang sndiri.

Suami awal2 nak suruh saya balik kg muar pantang dgn mak sendiri. Sbb mak mertua adik ipar masih lom kawin dan saya rasa mcm xsesuai je 24hrs nk bertutup litup,sy jgk nk keselesaan dan rasa suasana kg la yg terbaik.😇. Nak pantang sendiri bby sulung dgn umah bertingkat nk naik trun tgga aduhai

Saya hari ke 20 pantang sendiri. Anak first okay je.. Sebab xde komitmen nak jaga anak yang lain. Tapi suami balik waktu tengahari tu untuk jenguk2. Masak pun sup je hari2.. Rasa okay je.. Seronok sebab ikut masa kita. Nak makan.. Makan.. Nak rehat.. Rehat... Nak tidur... Tidur... Hehe

Saya pun plan utk bpantang sendiri je next baby ni. Hire confiment Lady je, dia buat kerja rumah sama selain dari jaga ibu & baby, macam memasak, menyapu, lipat kain, kemas2 sikit. Kira ok dah pd saya walaupun separuh hari je. Dapat 3 minggu pun ok sangat dah.

5y ago

Confinement lady mahal kan awk?

VIP Member

Insha allah sis.. Klu pantang sndiri yg pnting buat smua slow2.. Jgn fkir nak settle sederap.. Minta tlg husbdn masak.. Atu sis blh oder makanan pantang dr mana2 pantang food.. Jgn stress.. Enjoy2 n santai2 ja..

VIP Member

insyaallah bol3h sis, sy pun bru hbis pantang sendiri, 2/9 hritu sampai laa 15 bulan 10, ok jee, janji suami kita ni membantu, yang penting jangan stress, jangan buatvkerja sangat, jaga pemakanan, suruh suami bantu yang penting......

5y ago

Stuju. Berpantang sendiri boleh tp suami kena byk mbantu. Yela, sis nnt pas bsalin pun prlu berehat and xboleh buat semua kerja. Nak jaga baby lagi. Lagi susah nk buat pape klo baby jenis ngempeng je. Nnt mama nye hilang, terus merengek je baby. Huhu

VIP Member

InsyAllah doa mom n baby sihat jew. Jangan banyak fikir yang bukan2. Yang penting masa pantang makan makanan yang berkhasiat supaya mom cepat sihat kalau nak try set pantang shaklee boleh roger saya http://www.wasap.my/60173687028

Sis boleh pantang sendiri, yg penting keselesaan . Nanti boleh google banyak2 menu berpantang dan perlu rehat yg cukup. Jangan buat kerja rumah, jgn kemas2, nnti mintak tolong suami mandikan dan masakan sebelum suami pergi kerja.