Brownish spotting

Saya baru 5w, UPT baru positive 3 hari lepas. Hari ni saya ada brownish spotting, sikit tp merisaukan sbb sbelum ni saya pernah miscarriage 8w.. Masa tu pun bermula dgn brownish spotting dan lama kelamaan kuantiti jd byk. Saya dah jumpa Dr pagi td, Dr bagi duphaston utk makan 1biji 2x shari. Saya risau pglaman pahit yg lalu terjadi lagi sbb kali ni sy mmg betul2 rancang utk pregnant. Siapa ada pglaman sperti sy, brownish spotting seawal 4w-5w? Baby anda semua okay?

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sama macam sy waktu awal pregnant. 6 weeks sy ada spotting. Sy x sedp hati yela pertama kali pregnant. Sy takutla jadi apa2 pada kandungan sy. Sy terus on the spot ke hospital. Alhamdulillah, scan semua baby okay. Jantung baby pun denyut okay. Dr kata sy bleeding sikit je. Dr nyatakan kandungan sy ancaman keguguran hampir gugur. Tapi, dah doktor dah check laluan tiada bukaan dan tiada leaking atau darah keluar. Sy kena tahan wad 1 malam. Alhamdulillah takda bleeding lagi apa2. Esoknya sy discharged. Doktor pesan untuk sy bedrest beberapa hari. Dan tak buat kerja2 berat atau stress. Alhamdulillah, baby survive. Baby sy girl sy lahir pada 28/10/2022 ( Jumaat) jam 6:54petg. 3.27Kg. Bersalin normal. 40 minggu tepat baby lahir. Baby dah 7 bulan lebih. Nasihat sy, waktu pregnant ni tak sedap hati pergi je hospital jangan takut. Sekurangnya, kita tahu keadaan kandungan kita.

Baca lagi
12mo ago

Thankyou sis, doa kan saya❤️