Muntah susu formula

Saya ada soalan. Anak sy minum susu badan yg dipam masuk ke dalam botol. Tapi sejak kebelakangan ni susu sy macam tak cukup untuk anak. So masa tidur malam sy bagi anak susu formula. Dalam 3-4 jam macamtu dia akan termuntah susu tu semula. Lepas menyusu memang tak burp kan dia sebab dia menyusu waktu tidur. Kalau bg susu badan waktu tidur pun sama tak burp tapi tak muntah pula. Bg susu formula lactogen muntah kenapa ya? Sebab susu formula lambat hadam ke? Umur anak sy 4 bulan

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

macamana tahu anak tak cukup susu? Anah muntahkan balik susu, banyak faktor, salah satunya, mungkin dia dah kenyang dgn susu ibu. Setahu saya, ya susu formula kurang hadam jika nak bandingkan dgn susu ibu. apa kata puan follow FB Group Happy Breastfeeding Malaysia. Banyak info bermanfaat dan jika kita banyak belajar pasal penyusuan susu ibu, tiada istilah susu ibu tak cukup untuk anak. Banyakkan berdoa juga mudahan Allah kurniakan susu yg cukup buat ibu dan anak. Saya tak nak susu meriah, susah wooo nak urus. 😁

Baca lagi
12mo ago

Oo ada kemungkinan alahan ye.. risaunya.. baik sy tukar susu

start bila ya bg susu formula tu?? mcm anak saya.. tp, anak saya on the spot luakkn balik susu formula.. sbb sebulm nie 100% BF.. masuk 5m saya bg mix badan dgn tepung.. sbb tgk dia asyik lapar and kerap sngt minta susu every 30 minit. nie dh mix pn masih lg minta susu every 30minit.. anak saya ada tnda2 dh ready nk mkn.. ingy bg susu formula kenyang la dia.. tp, x pn.. 😂😂

Baca lagi
12mo ago

maybe dia luak kemudian waktu mlm tu sbb dia baru terjaga..berapa oz awak bg?? saya bg 0.5oz je.. saya pn bg lactogen gak.. susu dia pekat sikit berbanding susu lain.. sya kerja taska dlu so, dpt la merasa susu budak2 nie..

Anak saya minum susu formula since lahir. Mmg tiap kali minum susu fm dia banyak jeluak compare to susu badan. Saya bagi susu similac. N saya tak tukar susu jenama lain. Alhamdulillah okay je dia sekarang dah 8m dah hehe. Saya rasa bukan sbb susu tu tak sesuai. Mungkin normal. Kalau sis nak try bagi susu lain boleh cuba.

Baca lagi
12mo ago

Sy rasa baby sy bukan jeluak sbb susu yang keluar balik tu banyak. Dan dia macam muntahkan.. bukan jeluak yg keluar sikit2 tu. Tula sy cuba bg susu lain la tengok macamana..

Muntah tu tanda overfeeding lah tu kot. Susu badan saya pun x cukup. Lepas df baby mesti nangis ngamuk merah2 muka. Saya sumbat nenen lagi x sampai seminit dia isap pastu ngamuk tolak2 nenen saya dgn tangan. Kiri kanan dah nenen bagi. Bila bg fm baru dia diam. lepas burp terus tidur nyenyak & tak muntah

Baca lagi

hye ibu 🥰 kalau rasa susu tak cukup untuk baby, ibu boleh cuba power pumping / cluster pumping. Teknik ini untuk memastikan penghasilan susu semakin meningkat. Jika peningkatan susu ibu sudah mula meningkat, ibu boleh cuba pam macam biasa semula. untuk mengelakkan over supply ye 😉

Baca lagi

Mommy kena burp baby lepas kasi susu formula..Sebab botol senang masuk angin dalam badan..berbandig susu badan usually latch tu rapat and sikit je masuk angin sebab tu xyh burp pn xpe..mommy try burp baby ye tengok ada perubahan tak..

12mo ago

Mommy try tukar susu ye.. baby tak sesuai tu..nt ada checkup inform nurse or doc jugak minta opinion..

baby mnum berapa oz susu fm tu? cbe sis try bg tyme baby bgn, lps tu sis sendawakn.. tgk lps tu muntah susu x..

12mo ago

Iye kalau bg susu yg pam dia ok je tak muntah. susu pam dengan susu formula dua2 guna botol yg sama dengan flow yg sama. Mungkin la sy kena tukar susu formula yg lain. Tq bg pendapat sis ❤️

mcm mana blh rasa tk cukup susu? susu botol sambil baring air masuk laju kot masuk sekali angin

12mo ago

Susu badan yg di pam juga sy bg melalui botol tapi tak muntah. Susu formula sahaja baby muntah lepas 2-3 jam

susu fm mmg mcm tu. lambat hadam, bayi lbh mudah muntah susu n boleh sembelit.