Muntah susu formula
Saya ada soalan. Anak sy minum susu badan yg dipam masuk ke dalam botol. Tapi sejak kebelakangan ni susu sy macam tak cukup untuk anak. So masa tidur malam sy bagi anak susu formula. Dalam 3-4 jam macamtu dia akan termuntah susu tu semula. Lepas menyusu memang tak burp kan dia sebab dia menyusu waktu tidur. Kalau bg susu badan waktu tidur pun sama tak burp tapi tak muntah pula. Bg susu formula lactogen muntah kenapa ya? Sebab susu formula lambat hadam ke? Umur anak sy 4 bulan