Kucing & Bayi
Salam semua. Saya nak minta pendapat mommies semua. Ada tak yang dalam ni ada anak kecik / baby tapi dalam masa yang sama ada bela kucing indoor. Buat pengetahuan semua, saya sekarang tengah sarat 8 bulan hamil dan bila2 masa nak bersalin dah. Persiapan baby semua dah dibuat. Satu hari suami terjumpa stray cat sekor.. Anak kucing dalam 4bulan mcm ni. Keadaan dia sakit sangat, dan sikit kurap. Kami decide untuk ambil bela, sebelum tu saya terus bawak dia ke Vet. Bagi suntikan dan ubat. Sampai skrg kucing dah semakin pulih sihat dan aktif. Masalah saya sekarang, org2 sekeliling saya ramai yang tak selesa dgn kehadiran kucing yg saya bela dalam rumah ni. Mertua dan ipar2 semua asyik berpesan supaya jaga bulu2 kucing sbb saya bakal ada baby. Untuk pengetahuan semua, saya memang jenis pembersih dan pengemas. Sebelum saya bela kucing pn rutin hari2 mmg akan bersihkan rumah & pastikan rumah berbau segar. Tambahan bila ada kucing mmg sy lagi kerap bersihkan rumah. Sy train kucing untuk tak memanjat meja makan, kabinet tv, atau menggangu tetamu yg datang rumah. Alhamdulillah kucing sy behave dan tiap kali saya masak atau hidangkn mknan mmg waktu sy kurungkn kucing sy sementara semua selesai. Tapi bila ada yg asyik pertikaikan kebersihan sbb sy bela kucing.. Sy rasa down sgt.. Smpai ada yg offer untuk sy berpantang di rumah mereka dgn alasan rumah yg ada kucing dan rumah dia tkde kucing (tp sama jugak sepahnya smpaikn ank dia eczema pn makin teruk). ? Saya nak bagi orang lain adopt kucing sy rasa sedih pulak sayang sbb sy jaga dia dr dia sakit smpai la dh sihat. Kucing sy pun byk bawak rezeki. Bantu saya boleh mommies? ?
Extraordinary Mom