CARA BERPANTANG YANG BETUL
Salam semua, saya ingin mohon tunjuk ajar bagi yang dah berpengalaman tunjuk ajar cara berpantang yang betul sendiri di rumah. Saya dah tiada ibu untuk guide. Saya dah google tapi banyak info yang bercanggah. Jadi saya cuba bertanya di sini pula. Mohon ibu yang ada pengalaman berpantang anak pertama di rumah share kan pengalaman. Terima kasih ibu semua.

1. Elakkan pengambilan jamu ketika pantang ( supaya ibu tak pening kepala bila anak terkena jaundice ) jika terkena jaundice pun mudah nak turun bila tak ambil jamu. 2. Search cara untuk tambahkan susu badan, makanan, alatan pam susu, storage susu.. 3. Makanan pantang lebih selamat ambil la sayur sawi, daging, ikan ( kembung, haruan, selar) dan ayam ( risau gatal, ambil la ayam selepas 2 minggu berpantang) - makan ni hari² dalam pantang pun best.. 4. Sediakan pilis dan param, minyak angin, dan minyak halia untuk kempiskan perut. Boleh la cari bengkung ke, lepas susukan anak boleh manjakan diri. Selamat berpantang ! Hargaila masa berpantang, dan banyakkan berjalan.
Baca lagi


