Mengandung & pantang tanpa ibu kandung

Salam semua. Ibu bapa saya bercerai sebelum saya kahwin, skrg saya dah kawin 3 tahun dan tgh pregnant baby first. Saya dan adik2 dibawah jagaan ayah selepas parents berpisah.. ibu saya tinggal di negeri lain selepas kawin semula. Saya nak luah perasan, rasa sedih dan sebak sgt time pregnant ni takde ibu jagakan. Ibu saya belum meninggal, masih hidup tapi langsung tak hiraukan saya dan adik2. Sedih bila tgok org pregnant boleh manja2 ngan ibu sendiri, kalau ngidam boleh mintak ibu masak sedap2. Saya nak ngadu sakit2, ngidam2 masakan ibu pun tak dapat.. sebak rasa.. kadang betul2 ngidam masakan ibu sendiri, tapi mcm dah lost contact. Banyak kisah silam yg sedih. Nanti bakal berpantang pun dengan CL, rasa mcm sayu je hati ni ibu tak tengok cucu first.. alhamdulillah ibu mertua saya sgt baik dan sayang kat saya, selalu masak sedap2 bagi saya makan time tgh alahan teruk. Walaupun ibu mertua saya dah sakit tua, selalu jamu saya dan layan saya baik2. Kdg2 sedih sebab ibu sendiri pun tak layan anak kandung baik mcm ni. Saya tak pasti hormon pregnant mmg buat hati jadi tisu ke mcm mana.. tapi asyik sedih emo je memanjang pikirkan keluarga 💔 Kalau boleh yg dah berkahwin, elakkan bercerai kalau ada masalah yg boleh selesai.. tengok la hasil anak2 yg parents becerai mcm saya, sentiasa sedih.. Walaupun ada baiknya perpisahan tu. Nak berpisah pastikan hubungan ibu bapa dan anak2 masih akrab, jangan ada jurang.

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam sis di dunia ni segalanye adalah ujian, moga dipermudahkan. Dimana jua ibu dan ayah, mereka ttp ibubapa. Di bawah kaki ibu adalah syurga dan bapa pula adalah pintu syurga. Mereka berpisah kerana masalah dunia sendiri tapi ialah anak tetap anak pd mereka sehingga kiamat. Anak adalah anugerah allah. Jgn bersedih, jika dpt bertemu dgn mereka buatlah yg terbaik. Jika tidak dpt, berdoalah bg mereka sentiasa dipermudahkan urusan mereka di dunia akhirat. Dan bershukurlah ada in law yang menggantikan kehadiran mereka sentiasa. Perkara ni sgt biasa (Divorce) lg lg akhir zaman, tapi kita sering lupa setiap divorce msh akan disiasat kembali di akhirat nanti bila tiba waktunye kerana mengegarkan Kerusi Allah marah pada decision kita. Tp ialah apabila pasangan x blh bersama di atas aspect yg dibenarkan divorce, allah bg solution divorce juga akhirnye Tabahkan hati kalau blh sentiasa elak perkara talak ni. Kuncinye ialah sabar sentiasa utk perbaiki keadaan pasangan. Sis, our pengorbanan in life sangat sikit jika berbanding dgn Nabi kita. Ingati, sentiasa setiap kali menerima lost, losses, hardship, yatim and so on. Continue bershukur sis sentiasa dan jadilah ibu yang lbh membimbing anak anak yg akan dtg di masa hadapan sentiasa elak divorce. At the end Allah is the only one will be with u. Kuatkan semangat. Preggy x try to be happy Dah jd lumrah hidup yg ada ibubapa anak anak tdk tahu menghargai dan yg tiada akan ketagihkan kesayangan ibubapa.

Baca lagi