Breastfeed tanpa minta izin

Salam kepada semua mommies. Saya nak tanya pendapat semua. Adakah saya salah sebab saya terlalu marah bila dapat tahu anak sulung saya di-breastfeed oleh saudara belah suami saya tanpa minta izin saya dan suami? Benda tu terjadi tahun lepas. Lepas tu tahun ni jadi isu hangat dalam family clan balik. Semua salahkan saya dan suami cakap benda tu benda kecil je. Perkara biasa. Alasan, taknak tengok baby nangis. Tapi dari segi agama hukum syarak, wajib meminta izin dulu kan? Orang yang menyusu anak saya tak boleh terima bila saya marah dia. Jadi dia jaja cerita dekat makcik2 dia pasal saya dan suami siap buat meeting untuk hasut semua orang benci saya. Sampai jadi timbul fitnah. Dia cakap saya block dia padahal dia yang block saya. Saya siap ada bukti lagi. Saya rasa stress. Sekarang ni saya pregnant anak kedua pula. Beberapa hari lepas saya dan orang yang menyusu anak saya jumpa face to face untuk settlekan hal ni dengan cara baik. Dan berjanji untuk taknak cakap pasal ni lagi dah. Tapi semasa hari raya Haji, dia dan makcik2 nya siap duduk satu table bercakap pasal saya lagi dan suami saya. Benda ni setiap hari dalam kepala saya semua benda jadi negatif. Diorang dok tengok kami semacam dan mengata macam2. Lagipun masa perjumpaan tu saya dah kata saya maafkan perbuatan dia tapi dia sendiri takboleh terima kesalahan dia dan sengaja nak timbulkan masalah balik dan perbesarkan isu ni. Hanya ibu mertua saya dan sorang individu lagi faham perasaan saya dan tahu cerita sebenar. Yang lain dengar one sided je. Apa patut saya buat? #advicepls #bantusharing

25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

The heck she's thinking nk breastfeeding anak awak tanpa minta izin... Kalau sy, sy pun mengamuk sbb anak kita kot, apa2 minta lah izin. Tu menunjukkan org tu mmg x de adab dan langsung x respect u n the husband. Dan kalau sy kt tempat situasi awak nie, I will just keep my mouth shut. U know y, its useless n pointless untuk terangkan benda mcm nie kpd org sekeliling. Sbb kalau u nk terangkan benda betul, org sekeliling kena open their mind br lah dorg nmpk benda yg betul n benda yg salah. Kalau u terangkan, their mind masih di tempat yg sama, its pointless. Tu lg menampakkan yg kita nie mcm org bodoh. So, just keep silent. U don't really know the power of silent. Power of silent nie lg hebat tau dr kita berkata2.. So u better move on, keep off the situation out of ur mind, its better u think of urself n the kid.

Baca lagi

bab hukum kena tegas. cari artikel ataupon rujuk kepada cabang yg betul. utk awak dan suami kuatkan hujah tu. tak perlu explain, lagi explain lagi akan mengeruhkan keadaan. just awak post dekat mana2 sosial media awak tentang fakta. hukum. kena tahu kalau cukup 3kali kenyang anak awak dh jadi anak susuan dia. dan incase in the future ank awak dn dia tak boleh berkahwin. jgn buat main2. sbb tu kalau kita nk jadi ibu susuan kepada mana2 bayi kita kena ada kebenaran suami, kesihatan kita kena baik dn kita kena tahu kepada siapa yg kita beri susu tersebut. kalau awak tengok dekat ig lactation counselor puan noorfazila. kalau dia tlg mommy carikan anak susuan dkt mommy yg memerlukan anak susuan. dia akan mention mendapat kebenaran suami dn kesihatan ibu susuan dlm keadaan baik

Baca lagi
2y ago

benda simple tapi ambik mudah. sy yg dengar pon geram awak. kalau mcm tu awak dn suami stop berbalah dgn dorang ni. sbb buat penat mulut je tapi tak makan saman. awak dn suami ambik inisiatif jauhkan diri dr org2 mcm ni. tambah2 awak tengah pregnant 2nd baby.

Harap zaman kita ni tak normalize lah breastfeed anak orang sesuka hati, tak mintak izin plak tu. Peninggalan orang dulu yg perlu dimansuhkan. Acik2 harap paham lah zaman dah berubah. Nenen tu jgn nk gatal sgt hulur kt mulut anak orang. Kalau nenen tu dah teringin sgt dinyonyot, panggil lah laki ko masuk mana2 bilik ke toilet ke. Aku plak yg geram 😤 Jadi kt anak aku mmg haaa siap laaa perang. Saya dulu pernah jadi mangsa disuapkan puting mak sedara jugak iaitu biras mak saya. Biras ye biras bukan kakak ke adik dia. Sakit hati mak saya tp tak boleh nk ckp apa lah menantu kan. Mujur husband saya jenis lantang so nk pesan kt dia kalau sedara mara dia buat mcm ni mmg dia yg p sound.

Baca lagi

sedap bapak dia je susukan anak orang tadah susu kat anak orang gitu. makcik tu bodoh ke bodoh? marah betul ada orang macam ni. lpsni jangan bagi anak kat org sebarangan. takyah bagi org pegang dah anak you. tak berakal betul. pergilah susukan anak sendiri. takda anak susukan laki sendiri lah! ni pon ada similar case jadi kan? yang viral on fb/twitter/news media a few months back. same case like you, ada perempuan ni kantoi susukan anak org lain. masa event aqiqah alasan budak tu nangis. bebal betul. bagi je dekat emaknya. dahlah kantoi for second time tau eee geli la dok fikir anak kita org susukan. entah siapa siapa entah bersih ke tak dia jaga badan dia sedap sedap bagi susu.

Baca lagi

Kalo sy jadi sis sy update je bnyk² kat sosial media status wasap ke ape ke ckp bab hukum agama and hadis ckp pasal menyusu anak ni..nti Kalo Ada makcik² bawang Salah sorg Tu Ada wasap sis dia mesti hebah² Kan... hahahaha 😂Kalo sy jadi sis dah lama Aku ganyang si makcik yg menyusukan anak sy Tu..apela...bila dah 2023 ni otak manusia mcm makcik² bawang ni bnyk dah tertinggal kat planet lain kot..xnk ingt mati...ehh hangin pulak sy baca geramm je..yg baca ni Pon sakit hati Kalo yg hadap? allahurabbi sbrla ye sis sy doakan semoga Allah permudahkan segala urusan sis nti..sis jauhkan diri je Dr org xda faedah mcm Tu...one day percya la dia Akan melutut mintk maaf dgn sis sndiri...

Baca lagi
2y ago

sis org Tua Pon skrg ni Kita kena tegur bab agama hukum semua Tu sbb depa Masih ikut adat la,ikut zaman dlu Kala punya petua la agama ntah kemana...zaman dah 2023 dunia ni dah Makin Tua mcm makcik bawang Tu so kena la berubah ikut masa ke semasa....ni bukan zaman jepun sis anak org ngs main sumbat tetek sndiri nak tenang Kan..bukan nya dia xda mulut nak ckp bukan nya dia xda kaki nak bwk anak Tu pegi kat sis or bancuh Susu ke ape ke..memg saja cair nahas namanya...Kalo sy memg sy sembur je depan² xpuas hati face to face lerr ckp blkg ni org penakut je...

Perasaan sis tu valid. Kalau sy pn marah and sakit hati.. breastfeed ni bnde special mestla nk kte je yg bf anak.. suke ht je bfeed anak org.. geram plak bace.. next time org nk pegang baby sis dduk dkt2 and tegur je kalai sis xsuke.. kte penat2 pregnant bialah kte yg control.. better lepas ni xyah jumpe drg lah sis.. org cmni toxic. Nt sis jumpe kot die marah xpuas ht ape2 die bg mkan plak atau bt bnde xelok.. better jauhkan diri je. Bile dh jadi mak ni mmg xleh nk pk sgt perasaan org lain.. protect anak2 je. Org cmni sis hujah pnjg lebar pn die xleh trime sb die xde common sense.. cayelah

Baca lagi

sis balas lah berhujah dgn fakta and hukum, tapi guna nada biasa mcm takda perasaan or sambil senyum. biar semua terdiam. dalam masa sama cuba move on sbb anknya dah disusukan. kurang kurangkan lah berjumpa, lebihkan dan pentingkan emosi sendiri. bukan putus saudara, tapi dengan cara tu je hati and perasaan kita terjaga. anak kita pun selamat dgn kita. ni yang sy buat, sebab anak sy pun disusukan kakak ipar tanpa izin sy dan suami. sy terus jarakkan diri dari family suami. sebab dorang tak menghormati kita sebagai mak yang melahirkan anak

Baca lagi
2y ago

Saya dah lama move on sis. Malah saya dah maafkan perbuatan dia tu tapi lepas dia face to face dengan saya. Saya dgn dia dah buat perjanjian, apa yang dibincangkan semasa face to face adalah private and confidential dan anggap dah settle n move on. Tetiba dia sendiri pi buka cerita balik cakap kat orang yang saya dan suami pula tak move on. Padahal kitorang diam je dan dah lupakan. Dia sanggup buat fitnah siap berkumpul satu meja mengata saya dan suami. Dia tak boleh terima itu salah dia. Macam ni ke saya nak maafkan perangai orang macam ni? Dah berbaik tapi dia tak ikhlas dengan saya sedangkan saya dah maafkan dia

ni kalau saya lah. memang saya tak jejak dah mana2 tanah yang berkaitan dgn org tu. bukan putus saudara cuma ELAK berjumpa. tak salah pun utk menjauhkan diri dgn org yg menyakiti hati kita.. apa lagi tengah pregnant kan. sebab tu biar org anggap kita sombong janji org tak pijak kepala.. dia nak fitnah ke mengata ke biar je, biar "masa" yg tentukan balasannya. tak terbalas didunia, akhirat masih ada. pengajaran utk ank kedua, jgn biar org lain pegang/ jaga anak dlm tempoh lama kcuali org yg awk yakin jee 🤭🤭🤭

Baca lagi

baik awk jauhkan diri dr manusia mcm tu.. sy paling benci manusia yg jenis mcm tu...dia yg block kita, tp ckp kita yg block dia. n sy mmg pantang manusia yg suka pgg anak org sesuka hati.. tmbah2 siap susukan lagi.. heyy budak tu ada mak.. so biar mak dia je lah susukan...xpyah nak acah pandai.. susu kita xsama.. ye.. mmg kita nie newmom, so ramai yg pandang remeh ckp kita xde pengalaman.. so lbh baik awk brhati2 lps nie.. kalo boleh elakkan brjumpa org luar.. n brbincang dgn suami utk elakkan benda nie trjadi lagi

Baca lagi

Kalau i jadi you kan, i dah putuskan hubungan ngan org2 toxic macamni. Anak kita, kita yang jaga. Awak sebagai ibu, awak kena kuat. Diorang tu bodoh takde ilmu suka2 nk bf anak orang. Gatal tetek nk susukan anak org tanpa izin. Takde adab sangat kurang ajar. Sis, apa kata awak kurangkan balik rumah sana, takyah tengok muka dorang. Enjoy your second pregnancy and you all buat hal sendiri ja. Janji monmy anak and husband happy. Take care ya dear

Baca lagi