Breastfeed tanpa minta izin

Salam kepada semua mommies. Saya nak tanya pendapat semua. Adakah saya salah sebab saya terlalu marah bila dapat tahu anak sulung saya di-breastfeed oleh saudara belah suami saya tanpa minta izin saya dan suami? Benda tu terjadi tahun lepas. Lepas tu tahun ni jadi isu hangat dalam family clan balik. Semua salahkan saya dan suami cakap benda tu benda kecil je. Perkara biasa. Alasan, taknak tengok baby nangis. Tapi dari segi agama hukum syarak, wajib meminta izin dulu kan? Orang yang menyusu anak saya tak boleh terima bila saya marah dia. Jadi dia jaja cerita dekat makcik2 dia pasal saya dan suami siap buat meeting untuk hasut semua orang benci saya. Sampai jadi timbul fitnah. Dia cakap saya block dia padahal dia yang block saya. Saya siap ada bukti lagi. Saya rasa stress. Sekarang ni saya pregnant anak kedua pula. Beberapa hari lepas saya dan orang yang menyusu anak saya jumpa face to face untuk settlekan hal ni dengan cara baik. Dan berjanji untuk taknak cakap pasal ni lagi dah. Tapi semasa hari raya Haji, dia dan makcik2 nya siap duduk satu table bercakap pasal saya lagi dan suami saya. Benda ni setiap hari dalam kepala saya semua benda jadi negatif. Diorang dok tengok kami semacam dan mengata macam2. Lagipun masa perjumpaan tu saya dah kata saya maafkan perbuatan dia tapi dia sendiri takboleh terima kesalahan dia dan sengaja nak timbulkan masalah balik dan perbesarkan isu ni. Hanya ibu mertua saya dan sorang individu lagi faham perasaan saya dan tahu cerita sebenar. Yang lain dengar one sided je. Apa patut saya buat? #advicepls #bantusharing

25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sis balas lah berhujah dgn fakta and hukum, tapi guna nada biasa mcm takda perasaan or sambil senyum. biar semua terdiam. dalam masa sama cuba move on sbb anknya dah disusukan. kurang kurangkan lah berjumpa, lebihkan dan pentingkan emosi sendiri. bukan putus saudara, tapi dengan cara tu je hati and perasaan kita terjaga. anak kita pun selamat dgn kita. ni yang sy buat, sebab anak sy pun disusukan kakak ipar tanpa izin sy dan suami. sy terus jarakkan diri dari family suami. sebab dorang tak menghormati kita sebagai mak yang melahirkan anak

Baca lagi
2y ago

Saya dah lama move on sis. Malah saya dah maafkan perbuatan dia tu tapi lepas dia face to face dengan saya. Saya dgn dia dah buat perjanjian, apa yang dibincangkan semasa face to face adalah private and confidential dan anggap dah settle n move on. Tetiba dia sendiri pi buka cerita balik cakap kat orang yang saya dan suami pula tak move on. Padahal kitorang diam je dan dah lupakan. Dia sanggup buat fitnah siap berkumpul satu meja mengata saya dan suami. Dia tak boleh terima itu salah dia. Macam ni ke saya nak maafkan perangai orang macam ni? Dah berbaik tapi dia tak ikhlas dengan saya sedangkan saya dah maafkan dia