Breastfeed tanpa minta izin

Salam kepada semua mommies. Saya nak tanya pendapat semua. Adakah saya salah sebab saya terlalu marah bila dapat tahu anak sulung saya di-breastfeed oleh saudara belah suami saya tanpa minta izin saya dan suami? Benda tu terjadi tahun lepas. Lepas tu tahun ni jadi isu hangat dalam family clan balik. Semua salahkan saya dan suami cakap benda tu benda kecil je. Perkara biasa. Alasan, taknak tengok baby nangis. Tapi dari segi agama hukum syarak, wajib meminta izin dulu kan? Orang yang menyusu anak saya tak boleh terima bila saya marah dia. Jadi dia jaja cerita dekat makcik2 dia pasal saya dan suami siap buat meeting untuk hasut semua orang benci saya. Sampai jadi timbul fitnah. Dia cakap saya block dia padahal dia yang block saya. Saya siap ada bukti lagi. Saya rasa stress. Sekarang ni saya pregnant anak kedua pula. Beberapa hari lepas saya dan orang yang menyusu anak saya jumpa face to face untuk settlekan hal ni dengan cara baik. Dan berjanji untuk taknak cakap pasal ni lagi dah. Tapi semasa hari raya Haji, dia dan makcik2 nya siap duduk satu table bercakap pasal saya lagi dan suami saya. Benda ni setiap hari dalam kepala saya semua benda jadi negatif. Diorang dok tengok kami semacam dan mengata macam2. Lagipun masa perjumpaan tu saya dah kata saya maafkan perbuatan dia tapi dia sendiri takboleh terima kesalahan dia dan sengaja nak timbulkan masalah balik dan perbesarkan isu ni. Hanya ibu mertua saya dan sorang individu lagi faham perasaan saya dan tahu cerita sebenar. Yang lain dengar one sided je. Apa patut saya buat? #advicepls #bantusharing

25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

ni kalau saya lah. memang saya tak jejak dah mana2 tanah yang berkaitan dgn org tu. bukan putus saudara cuma ELAK berjumpa. tak salah pun utk menjauhkan diri dgn org yg menyakiti hati kita.. apa lagi tengah pregnant kan. sebab tu biar org anggap kita sombong janji org tak pijak kepala.. dia nak fitnah ke mengata ke biar je, biar "masa" yg tentukan balasannya. tak terbalas didunia, akhirat masih ada. pengajaran utk ank kedua, jgn biar org lain pegang/ jaga anak dlm tempoh lama kcuali org yg awk yakin jee 🤭🤭🤭

Baca lagi