Breastfeed tanpa minta izin

Salam kepada semua mommies. Saya nak tanya pendapat semua. Adakah saya salah sebab saya terlalu marah bila dapat tahu anak sulung saya di-breastfeed oleh saudara belah suami saya tanpa minta izin saya dan suami? Benda tu terjadi tahun lepas. Lepas tu tahun ni jadi isu hangat dalam family clan balik. Semua salahkan saya dan suami cakap benda tu benda kecil je. Perkara biasa. Alasan, taknak tengok baby nangis. Tapi dari segi agama hukum syarak, wajib meminta izin dulu kan? Orang yang menyusu anak saya tak boleh terima bila saya marah dia. Jadi dia jaja cerita dekat makcik2 dia pasal saya dan suami siap buat meeting untuk hasut semua orang benci saya. Sampai jadi timbul fitnah. Dia cakap saya block dia padahal dia yang block saya. Saya siap ada bukti lagi. Saya rasa stress. Sekarang ni saya pregnant anak kedua pula. Beberapa hari lepas saya dan orang yang menyusu anak saya jumpa face to face untuk settlekan hal ni dengan cara baik. Dan berjanji untuk taknak cakap pasal ni lagi dah. Tapi semasa hari raya Haji, dia dan makcik2 nya siap duduk satu table bercakap pasal saya lagi dan suami saya. Benda ni setiap hari dalam kepala saya semua benda jadi negatif. Diorang dok tengok kami semacam dan mengata macam2. Lagipun masa perjumpaan tu saya dah kata saya maafkan perbuatan dia tapi dia sendiri takboleh terima kesalahan dia dan sengaja nak timbulkan masalah balik dan perbesarkan isu ni. Hanya ibu mertua saya dan sorang individu lagi faham perasaan saya dan tahu cerita sebenar. Yang lain dengar one sided je. Apa patut saya buat? #advicepls #bantusharing

25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

bab hukum kena tegas. cari artikel ataupon rujuk kepada cabang yg betul. utk awak dan suami kuatkan hujah tu. tak perlu explain, lagi explain lagi akan mengeruhkan keadaan. just awak post dekat mana2 sosial media awak tentang fakta. hukum. kena tahu kalau cukup 3kali kenyang anak awak dh jadi anak susuan dia. dan incase in the future ank awak dn dia tak boleh berkahwin. jgn buat main2. sbb tu kalau kita nk jadi ibu susuan kepada mana2 bayi kita kena ada kebenaran suami, kesihatan kita kena baik dn kita kena tahu kepada siapa yg kita beri susu tersebut. kalau awak tengok dekat ig lactation counselor puan noorfazila. kalau dia tlg mommy carikan anak susuan dkt mommy yg memerlukan anak susuan. dia akan mention mendapat kebenaran suami dn kesihatan ibu susuan dlm keadaan baik

Baca lagi
2y ago

benda simple tapi ambik mudah. sy yg dengar pon geram awak. kalau mcm tu awak dn suami stop berbalah dgn dorang ni. sbb buat penat mulut je tapi tak makan saman. awak dn suami ambik inisiatif jauhkan diri dr org2 mcm ni. tambah2 awak tengah pregnant 2nd baby.