Rakam video/ambil gambar semasa scan baby

Salam & hai. Ada tak mommies kt sini yg pernah ditegur nurse tak boleh rakam video/ambil gambar guna fon masa doktor tgh scan baby (kat klinik swasta)? Sbb siang tadi pergi checkup tp nurse tegur tak boleh sedangkan doktor tak cakap apa2 pun. Alasannya berkaitan rules perubatan or something? Sedih sekejap la sbb dah la sebulan sekali je boleh nampak perkembangan baby🥲

32 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Lain klinik lain lagi tu..Huhu.. Pernh tmpt swsta kena pesan "jgn lama x bole sbnrnya." Trus klinik kk pula ada nurse yg bagi dan nurse yg pesan x boleh. ada juga doktor yg ckp "okey okey ambik saja gmbr x apa" dia ckp.. ada juga yg "okey tu saja ya.." dan yg sbnrnya kami x berani wlpun nk sgt rakam dan gambar 😅 prnh skali yg best btl dktor kami yg indian woman tu dia siap scan muka then tngkp gmbr then print bagi kami.. Tu pun mesin dia pastikan boleh dpt x bt tu.. Btl2 wajah ikut bapa dia sdgkan girl. Btl2 ikut tekaan sy baby girl kmi ikut muka bapa.. Iras betul

Baca lagi
VIP Member

Kan swsta kita byr knp pulak xboleh? Sy g kk gomen boleh je mintak izin dlu doc pun xmrh,gpun perot kite bukan perot nurse tu y di scan🙄g detail scan nurse tu pun siap mintak rekod video skli sbb die ckp ni klinik berbayar puan jdi boleh amik gmbr video ,suami pun boleh masuk

bergantung kpd klinik tu sbenarnya.saya hari tu scan siap nurse dgn doc suruh ambik fon lagi suruh rakam.sebab husband xleh masuk kan..boleh la tunjuk kt dia sbagai kenang2an.boleh minta permision dulu.kalau tak boleh apakan daya. huhu..jgn sedih2😄

Klau ikutkn mmg x boleh ambik sbrg report or gmbr dkt mner2 klinik event swasta or gov.. Dia ada akta dia.. Klau di hospital pom, file pesakit tidak boleh kluar dari ward melainkn ade keperluan. Tpi boleh jew minta permission dari doktor untuk rekod..

VIP Member

Aritu scan kt swasta, dh ad note dilarang amik gambar/video.. so tgk jela yg di print.. mcm yg print dpt dgr heartbeat baby 😅 scan kt kk bby melompat2, alahai kalu dpt video tu best buat knangan tp tkot doc kk xbg 😅

Ehh berani nurse cakap tak boleh 🤣 tp kalau pergi sonovision, mmg x boleh record. Tp lepas scan tu dorg bg cd kat kita...so tak kisah la. Tp kalau klinik atau hospital swasta lain spatutnya tak halang... 🤔🤔🤔

VIP Member

Maaf puan, sebab saya takde experience check up di klinik swasta, saya tak pasti. Kalau di kk kerajaan, mmg tak di benarkan. Mungkin Ibu2 lain yg ada pengalaman di klinik swasta boleh share experience. #TAPsupermoms

Baca lagi
VIP Member

Kalau dekat kk bukan tak berani, tapi doc tak mesra. So macam malas nak ambil. Tapi dekat klinik swasta. Masa scan hubby ada sekali. So hubby yang record dari awal scan sampai habis & doc okay je. Huhuhu

saya pergi scan di kk n klinik swasta, dua2 doc bagi rakam. sebab saya bgtau doc yg saya pjj dgn husband. alhamdulillah dapat doc yg memahami. before tu minta izin dulu dgn doc boleh rakam or tak.

mase scan 18w dkt KK, doc tunjuk gender.. sy tnya blh x nk ambil gmbr.. alhamdulillah doc bg n sporting.. lps tu doc plak offer sy ambil video baby yg nmpk heartbeat 💕 KK lain sy x sure..