Stress kerja
Rasa nak berkongsi kat sini sebab tempat lain semua tak boleh🤣 sekarang kerja stress lah work overload dah bagitahu boss kita ni pregnant lagi ditambah kerja.. dahla first time mom to be.. kerja nak kena angkat barang berat kita ni baru 7 minggu pregnant🤧 bila luah dengan husband di suruhnya kita sabar tapi kita tak boleh nak sabar !😭 tak kerja takde duit nak bersalin apa semua nanti 😔
saya faham sis, mmg ada yg mcm tu. lagi2 kalau staff yg kerja jenis tak suka tgok kita bnyk duduk. sya dulu macam tu, sedangkan kerja sy mmg bnyk depan laptop je tapi dorang tak suka sbb nak sya ikut jugak buat kerja yg angkat2 barang tu. Masa tu bsabar betul saya. Smpai pakat sngaja tak bcakap dgn saya. sbb nak buat sya rasa tersisih. Sedih tau. Sbb dorang smua takda anak lagi, ada yg belum kawin. Jadi dorang tak dapat nak faham lah kot. entah lah 😞 ke dorang fikir sya ni mngada2 Last2 tak larat, saya settle smua hutang2 sya yg loan beli barang pa smua, skali dgn credit card . suami pun bantu bayar skali. Sbb dia faham apa yg sya hadap dekat tmpat kerja. Settle smua tu, sya bhenti kerja je terus . tak kesah la org nak cakap apa sya tak kerja, yg penting hidup sy tenang. Badan boleh berehat. Skarang alhamdulillah dekat rumah pun suami bnyak tolong buat kerja rumah. 🥺 Suprisingly, suami pun tiba2 dinaikkan gaji tak lama lepas tu. Serious macam tak caya. kita hilang kerja tapi Allah gantikan dgn yg lebih baik. Sabar ye sis. Smoga ada hikmah smua ni. Smoga baby kita membesar dgan sihat dan sempurna. 🤲🏻
Baca lagiSaya faham anda sedang mengalami tekanan kerja yang tinggi dan stress disebabkan beban kerja yang bertambah berat selepas mendapat tahu bahawa anda hamil. Ini mungkin menjadi cabaran yang besar bagi anda, terutamanya sebagai ibu hamil yang bekerja. Adalah penting untuk mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan stress dalam situasi ini. Anda boleh cuba berbincang dengan majikan anda untuk mencari penyelesaian yang boleh membantu mengurangkan tekanan kerja anda. Selain itu, juga penting untuk memberi tumpuan kepada kesihatan anda dan bayi yang sedang dikandung. Jangan ragu untuk mencari sokongan daripada keluarga, rakan sekerja, atau profesional kesihatan mental jika perlu. Ingatlah bahawa kesihatan dan kesejahteraan anda serta bayi adalah keutamaan utama. Semoga anda dapat mengatasi cabaran ini dengan sabar dan tenang. https://invl.io/cll7hzz
Baca lagisemoga terus diberi kekuatan dan sihat² baby n ibu² yang bekerja dan yg sedang mengandung..tapi jangan paksa kan diri ye ... insyaallah rezeki selalu ada dlm pelbagai jenis yang penting ibu kena fikir diri sendiri dgn kandungan, something happens kita yg tanggung orang tak rasa sakit kita yg rasa...saya pun first mom hanya buat keje part-time saja packing² dlm masa beberapa hari je...tapi lepas ada bleeding 18week terus TK CRI part-time lagi suami TK bagi kerja sebab takut jadi apa² walaupun gaji suami cukup2 MKN insyaallah mesti ada je rezeki yg DTG ...be strong ye ibu kalau ibu rasa tak boleh stop saja kalau nk keje cari part-time yg tak buat je berat
Baca lagiSuami kita tak support kita wak 😔 kadang rasa sedih kadang sampai dah tak rasa pape hadapi je semua… Duduk pula dengan mertua😔 kita paham husband pun try sedaya upaya tapi tahla pregnant ni makin sensitive rasanya😔
saya pun first mom . masa sy pregnent 5week pun saya mcm awak . lg teruk sy bleeding . lpstu bgtau atasan . dia ckp mmg keje kita berat . kalau tk larat berenti . n ade 1 group tu diorg ngumpat saya dia ckp sy bleeding sbb sy kuat main dgn suami sedangkan sejak sy tau pregnent . langsung tk bersama . sgt teruk ye rasa masa tu . nasib saya agak baik sbb suami saya suruh saya berenti je kalau da tk boleh sabar . now saya dah pun 23weeks . baby pun sihat . mental saya pun sihat . awak bincang laa baik2 dgn husband ye . emosi dan kandungan kena jaga betul2 .
Baca lagipergi balik rumah org tua awak sis... sya pun duduk dgn mertua serta ada biras yg Queen control dan sya sendiri lari balik rumah mak ayah sya
Mommy jgn stress2 since ini first baby.. mental kena jaga..ikut apa kata hati mommy.. dtempat keja lagi2 boss klau dpt yg memahami baik tp klau yg tk peduli kita bagus la mommy bincang dengan husband.. apapun skrg jaga kesihatan mental fizikal lagi kena kental lepas melahirkan .. be strong mommy 🤍
saya kerja retail . 2x keguguran sepanjang saya bekerja . kali ke3 saya mengandung minggu ke 12 saya bleeding teruk . nasib baby boleh survive .. saya discaj je saya terus antar surat resign.. lpstu saya kerja kedai kecik2 pembantu jualan gj hr hr insyallah ade rezeki untuk anak
sama Cam situasi sy jgk sis... angkt brg berat. supervisor xad langsung belas kasihan.. dibiar ja kita angkt berat.. mengadu kt suami suruh nya bersabar.. last xthn jgk sy resign cm tu je
Ada officemate pun tak guna semuanya kita buat sendiri 😔 tahla awak sebab tu saya mengadu kat sini sebab tempat lain semua org tak paham 😔
Jgn mcm tu mommy.. pglmn sy, stress keje smpi sy terberanak la...petang nangis smpi keras2 perut.. malam pecah air ketuban.. bincang dgn bos & HR elok2 utk bg awk kelonggaran..
sis jgn jd cm sy bos x pkir hal ank buah sy Hlg bby 29week xdk fktor skit tp doktor ckp ibu stress dn penat..klau rsa xleh go jgn paksa dri pcya rezeki Allah tetap kn.
org xkn pham kita sis, sbb org xrasa apa kita rasa. klau sis btOy2 rsa tertekan sgt lebih baik jgn truskan. jga kesihatan jgn biar pkara bruk blaku. jgn jd mcm sy stahun pown msih dok rsa bersalah dri sbb x jga btoy2 kandungan
sis inform kat HR ckp sis memang betul² tak boleh nak angkat berat sbb kandungan fragile lagi. kalau masih diabaikan sis ugut ckp nak buat laporan 😂
Hr takde guna pun kat company saya semua ikut cakap boss aje🥲🥲
Momsy of 1 fun loving boy