Poke Bowl - Sajian Hidangan Sihat Dalam Satu Mangkuk Yang Memang Sedap & Patut Kena Cuba!
Rakyat Malaysia dikatakan memiliki penduduk paling ramai yang mempunyai masalah kegemukan oleh kerana mengamalkan makanan yang berminyak dan berlemak. Atas sebab itu, Fitlicious memperkenalkan makanan yang lebih sihat, berkhasiat dan seimbang. Restoran Fitlicious memperkenalkan alternatif makanan sihat untuk keperluan harian para pelanggannya iaitu Poke Bowl atau menu dalam mangkuk yang menghidangkan makanan seperti salmon segar, ayam dan ikan dory yang memberikan manfaat serta pertambahan zat pada badan manusia. Bagi mereka yang vegetarian, restoran ini turut mempunyai Vege Poke Bowl yang terdiri dari buah-buahan dan salad. Apa itu Poke Bowl? Poke Bowl ini adalah makanan yang dihidangkan dalam sebuah mangkuk yang dimasak berasaskan bahan dari beras putih biasa, beras bijirin, beras perang dan kentang. Nak lagi sihat, ia akan ditambah dengan beberapa pilihan salad segar seperti alpukat, lobak merah, timun, tomato, brokoli, kimchi, telur, rumpai laut dan jagung. Kemudiannya, Poke Bowl akan ditambah dengan salmon, ikan dory, ayam atau daging bagi membekalkan sumber protein di dalamnya. Kemudian, ia dilengkapkan lagi dengan beberapa pilihan kekacang seperti badam, walnut, biji bunga matahari dan sebagainya. Kalau nak lebih sedap, pelangggan boleh memilih beberapa pilihan sos seperti Bbq, mayonis dan banyak lagi. Lokasi restoran Fitlicious ini boleh didapati di 41, Jalan SS21/1A, Damansara Utama dan cawangan lain di SS15 Subang Jaya. Jika anda tak ada masa untuk keluar makan atau nak elakkan kesesakan trafik boleh juga menempah makanan Fitilicious melalui FoodPanda. Kalau nak rasa kelazatan Poke Bowl di sini, anda boleh mencubanya di Fitlicious Damansara Uptown kerana ada promosi BELI 1 PERCUMA 1 untuk semua menu poke bowl di outlet tersebut setiap hari Sabtu dan Ahad pada bulan Oktober ini. Jangan lepaskan peluang anda! Semoga bermanfaat!
Mama OJ and Baby T