Perut berangin/ bloated sewaktu Kehamilan

Perut saya sentiasa tak selesa macam berangin. Ada apa-apa yang boleh saya buat untuk rasa lebih selesa? Dan ini menyebabkan saya muntah bila saya makan😪. Apa makanan yang perlu saya elakkan ye?

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Perut berangin atau bloated adalah masalah biasa semasa kehamilan. Ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang melambatkan proses pencernaan dan juga tekanan dari rahim yang semakin membesar. Untuk mengurangkan rasa tidak selesa: 1. **Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap**. Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak sekaligus. 2. **Kunyah makanan dengan perlahan**. Ini membantu pencernaan dan mengurangkan udara yang tertelan. 3. **Elakkan makanan yang menyebabkan gas** seperti kacang, brokoli, kobis dan minuman bergas. 4. **Kurangkan pengambilan makanan berlemak** kerana ia memperlahankan pencernaan. 5. **Minum air secukupnya**, namun jangan minum terlalu banyak dalam satu masa. Minum secara berkala sepanjang hari. 6. **Amalkan senaman ringan** seperti berjalan kaki untuk membantu pencernaan. 7. **Elakkan makanan pedas** serta makanan dan minuman berkafein. Jika masih mengalami masalah dan ingin tambahan sokongan, anda boleh cuba suplemen untuk ibu hamil dari pautan ini [suplemen untuk ibu hamil dan menyusui](https://invl.io/cll7871). Suplemen ini mungkin dapat membantu anda merasa lebih sihat dan mengurangkan gejala yang dialami. Selamat mencuba dan semoga cepat sembuh! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

elakkan caffeine, elakkan benda bergluten (pasta/roti/kek/pastries). mkn buah, nasi, Mihun, kueteow. elakkan makan pedas dan bersantan. mkn sup panas, air panas, buah. ni pantang saya masa first trimester sbb saya ada gastrik skli

6mo ago

Terima kasih. nanti saya cuba ye. sebab saya makan bubur/ oatmeal dengan amount sikit pun perut bloated juga.

yang part bloating dan pedih ulu hati lah paling seksa time pregnant. makan sikit xboleh, byk xboleh. kena pndai ii. apapun gaviscon, ubt angin, dgn air suam mmg kena sentiasa ada. itu jela.

6mo ago

Thank you. Dah tried gaviscon tapi muntah. tak tahan bau ubat tu

mkn gaviscon double action slsai mslh . mkn lh skit tp kerap . kurangkan pedas jgn mkn lewat and jgn mkn terlampau bnyk

elakkan makanan yang berangin. kerapkan makan dalam kuantiti sikit. asalkan perut tak kosong.