RASA SUSAH

Hi, pernah tak rasa bila kawin je rasa susah tapi masa bujang tak susah pun. Saya tgh preg 31w, susah dari kewangan tu tuhan je tahu . Suami pulak pantang tahu wife ada duit asyik memintak. Barang baby 1 benda tak beli lagi. Suami mmg jenis tak membantu, kadang2 doa bia dia mati masa pegi atau balik kerja. Terbeban sgt . Saya ada terbaca doa ibu mengandung ni mustajab tapi belum ada yg tertunai kat saya. Saya diuji peti ais rosak, mesin basuh rosak, dapur gas hbis. Berlapar la saya dgn baby dlm perut ni. Suami sy balik2 beli megi, tak elok kam untuk baby. Apalah nasib anak saya nanti dapat ibu ayah mcm ni.

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Semoga sis kuat & dipermudahkan semua urusan . Moga diberi kemudahan dalam membuat keputusan. Banyak bantuan sekeliling yg boleh dicari. Sekiranya perlu keluar dari perkahwinan.. Keluar lah.. Sekiranya masih rasa nak bertahan. Bertahan lah tapi dengan cara & niat yg betul. Dalam hidup ni byk pilihan. Mohon lah pertolongan Allah semoga diberi akal fikiran yg waras dlm membuat keputusan

Baca lagi