Resipi Muffin Brokoli dan Keju Untuk Bayi Berlatih Makan Sendiri!

Hi parents! Pernah cuba beri bayi peluang untuk suap makanan sendiri tak? Ini dikenali sebagai led weaning dan hanya boleh dilakukan di bawah pengawasan parents. Kalau nak cuba, pastikan anda beri si manja makanan bersesuaian. Nah, ini resipi yang boleh parents cuba. :) Muffin Brokoli dan Keju Bahan-bahan: 200g brokoli 1 ½ cawan yoghurt tanpa perisa (360ml) ¼ cawan minyak masak zaitun 1 telur besar 50g keju 2 cawan tepung naik sendiri (225g) ½ sudu kecil garam ¼ cawan susu (50ml) Cara membuatnya: -Panaskan ketuhar ke suhu 200ºC. -Kukus brokoli sehingga lembut. -Masukkan yoghurt, telur, minyak, brokoli dan keju ke dalam mesin dan dicincangkan. -Masukkan tepung dan garam dalam mangkuk besar dan tuangkan campuran air dari mesin pemproses makanan dan gaul bersama. -Tambahkan sedikit susu sekiranya anda rasa campuran itu terlalu kering. --Ia akan kelihatan sedikit basah dan berketul-ketul. -Bahagikan campuran ini dengan rata dalam tin mufin. -Bakar selama kira-kira 15 minit sehingga coklat keemasan. Yay dah siap dan boleh disajikan untuk si manja! Mesti anak teruja nak makan sendiri, hihi.

Resipi Muffin Brokoli dan Keju Untuk Bayi Berlatih Makan Sendiri!
5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Kena cari oven balik. Mana entah pergi asyik pindah rumah, oven pun hilang. ,😂😂

mak ai sedapnya nampak! ni mak pun makan jugak hehehehehe

VIP Member

Sedapnya nampak! Yay tambah idea snack untuk my kids!

VIP Member

😍😍 blh la try, nmpk cam best ni

5y ago

Buat lebih sis 😆

Oooo boleh try