mandi di hospital lepas bsalin

Nk tnya, lepas bsalin, mcmana ibu2 semua mandi terutamanya di hospital gov. Sbb badan lemah lagi, larat x?.. Pastu mndi air paip sejuk biasa tu ke mcmana?? Ke xperlu mndi dlu? Balik rumah baru mndi??

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

~ MANDI WILADAH@NIFAS Ramai yang CONFUSE dengan pelbagai bahan bacaan yang macam2 penerangannya berkenaan dengan mandi wiladah di internet. Namun apakah hujjah yang berdasarkan DALIL? MANDI WILADAH adalah mandi selepas melahirkan anak. Maka BILAKAH mandi yg di SYARIATKAN selepas melahirkan anak itu? Di bahas secara ilmu, mandi YG DISYARIATKAN OLEH AGAMA bagi wanita yang telah melahirkan anak(wiladah) adalah selepas habis tempoh nifas (anggaran 40 hari). Ini adalah berdasarkan dalil menerusi Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha iaitu kaat beliau, كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَرْبَعِينَ يَوْمًا Wanita yang nifas, mereka tidak solat di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam selama 40 hari. (Ahmad 26584, Turmudzi 139, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth). Jadi penjelasan yang benar berkenaan mandi selepas melahirkan anak adalah selepas habis tempoh nifas (mandi yg diwajibkan). Tapi ramai orang keliru dan salah anggap dengan menyangkakan bahawa selepas melahirkan anak perlu mandi wiladah kemudian selepas habis tempoh nifas mandi sekali lagi sebagai mandi nifas (mandi wajib). Yang benar mandi wiladah itu adalah mandi selepas tempoh nifas sekali sahaja. Inilah mandi yang disyariatkan dan diwajibkan. Kesimpulan mandi wiladah itu adalah mandi nifas ( 2 istilah yg berlainan tetapi mandi yg sama) Namun tidaklah salah untuk mandi selepas melahirkan anak, cumanya ia adalah mandi yg biasa dan ia bukan mandi yang disyariatkan. Kredit: MRJ

Baca lagi

Saya bersalin kat hospital gov utk anak 1& 2 tak ada heater.. so lap2 je badan dan cuci tempat yg patut.. balik rumah baru mandi air suam. Susah jg nak mandi klu dekat hospital, nak kena ada org jaga baby dulu baru boleh pergi mandi, itu pn tgu masa melawat. Risau tinggalkan baby lama² ..

VIP Member

Jam 12pm berslin. Rehat. Jam 3pm suami dtg. Ambik pad. Panties. Msuk toilet skli dgn dia😅Dlm toilet ad krusi. Sy dduk dia siram slow2.. dia pakaikan panties. Bju. Setel. Sy jnis xsuka bdan brbau. Jd kena wajib mndi.. xsenang dduk.. hehe.. dri katil ke toilet. Suami ambik siap2 krusi roda.

VIP Member

Sy mntk tlg husb mndikn.mse 2 dh tgh mlm bru msuk wad lpas brsalin.bkn mndikn ape pon.bsuhkn darah2 yg kena kt peha kaki mse brsalin 2 je.xbasah badan pon.sbb tkut nk bia darah mcm 2.mklum la bnda kotor.nti yg xdisukai 2 pon suka kt darah kita😣then mntk husb sapukn lotion panas.

Saya duduk wad memang tak mandi, lap² je.. Basahkan towel kecik lap seluruh badan, gosok² buang daki yg ada. Memang tak mampu nak mandi.. Rambut hanya basahkan sekadar kena kulit kepala jika tidak saya mudah kluar darah kat hidung sebb panas.

https://my.theasianparent.com/mandi-wajib-selepas-bersalin Sedikit info tentang mandi wiladah/nifas/ wajib. Mandi adalah SELEPAS darah nifas kering. Lepas bersalin tu mandi biasa je. Mandi bersihkan diri dari peluh dan darah.

Saya mintak nurse tlg saya sis ... Sis boleh jew ckp kt nurse tlg saya nk mndi, nnti nurse akn papah sis smpi dlm toilet n tgu sis habis mndi sbb sis lemah lg kang jd ppe dlm toilet sesorg kang sorg tak tw

wajib mandi wiladah bagi org ISLAM.... dkt Hospital gov tempat sya ada air panas n sejuk... lepas tu encik suami yg tolong mandikan... pakaikan ped n baju.... saya czer.. jadi pergerakkan terbatas

5y ago

Sis czer kan ? Saya tak pasti czer keluar darah nifas ke tak. Tapi bagi yang bersalin normal, mandi wajib adalah selepas kering darah nifas. Tak kira la kalau sehari lepas beranak tu dah kering boleh je mandi wajib terus dan start solat macam biasa.

sbnarnya xblh mndi pas bsalin.. bhya.. tkut kejal satu bdan.. .. nanti xpsal2 pgsan dlm toilt.. sy lap2 je bdan.. pas tu ltak mnyak pnas kt btis ngn kaki n pkai stokin

Masa bersalin d hosp klang, hari ketiga baru sy mandi lepas doc buka plaster czer, sy dok dgn bby seminggu kt wad.. shower kt situ ada air panas, so mndi sikit² je..