Tips HB Low

Hi mummies! 🌸 Ada tak tips atau pengalaman cara nak naikkan HB? Sekarang saya ambil ubat Zincofer dari klinik, tapi terus terang kadang terlupa makan, kadang pula termuntah 😭. Selain tu saya memang cuba makan makanan untuk tambah darah macam kerang, hati ayam dan lain-lain. Cuma saya pun ada jugak minum Milo sekali-sekala. Tiap kali check-up HB saya masih stuck dekat 10.8. Ada tak mummies yang pernah alami benda sama? Share la pengalaman & tips, saya nak cuba juga 😍

44 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Waktu first pregnant dulu dari awal buka buku pink saya makan maltofer then tukar zincofer hb low sampai hujung2 nak dekat bersalin baru naik sikit hb saya. Anak kedua ni saya try makan iberet, alhamdulillah hb setakat ni okay. Tips saya dpt dari kawan saya lyg hb dia 13 sepanjang pregnant, elak kafein, makan jambu batu & buah delima 👍🏻

Baca lagi