Tips HB Low
Hi mummies! 🌸 Ada tak tips atau pengalaman cara nak naikkan HB? Sekarang saya ambil ubat Zincofer dari klinik, tapi terus terang kadang terlupa makan, kadang pula termuntah 😭. Selain tu saya memang cuba makan makanan untuk tambah darah macam kerang, hati ayam dan lain-lain. Cuma saya pun ada jugak minum Milo sekali-sekala. Tiap kali check-up HB saya masih stuck dekat 10.8. Ada tak mummies yang pernah alami benda sama? Share la pengalaman & tips, saya nak cuba juga 😍

ada org share tips byk mkn tauge,mcm saya minum jus delima gulsan, Alhamdulillah ok bacaan,dan pernah sakit perut memulas muntah cirit birit mkn zincoffer minta tukar ubat dgn doktor... sekarang makan obimin
iberet + minum air rebusan goji beri dan red dates + susu frisomum + laedys coffee... smua ni boleh bantu naikkan HB... alhamdulillah pnh sangkut HB skali je.. bila start amalkan food consumption mcmni cantik je HB
Awk klu muntah mkn ubat uh, gtau doc, t dorg gantikn ubat iberet. ni xmuntah mcm zincofer. misi kt tempat sy ckp, bykkn mkn or minum pape yg ade vitamin C, tok mudahkn penyerapan Dia soh sy minum Sunquick. Try taw
berpantanglah segala milo koko coklat teh coffee sehingga bersalin. semua tu rendahkan hb. dan cuba makan zinkcofer 2 jam selepas makan malam dgn air sunquick/jambu batu lepas tu terus tidur. jangan skip ye
sy pun hb low. tapi bila sy amalkan makam peria katak, bacaan hb dari 10.8 melonjak naik ke 12.2. Alhamdulillah. mungkin boleh cuba makan peria katak. makan juga buah yg vit c tinggi sebelum makan peria katak tu.
saya mkn iberet masa mkn ubat tu..minum dgn jus oren....saya mkn setiap mlm seblum tido setiap hari..cuba lah...sblum ni ada masalah hb juga.....kawan bg tip suruh mkn ubt mlm..huhu menjadi..
kalau tak alergik, makan kupang sis. lagi cepat naik dari makan kerang. hb kita dari 10.3 (kot? tak ingat tapi bawah 11) naik p 11. masa nak beranak hb kita 12. seronok nurse baca hb kita.
mungkin awk tak sesuai ngan zincofer.. bgtahu nurse nnti dr akan tukar ubat. saya makan zincofer dan iberet dua2 tak naik hb.. last2 dr suh cuba maltofer (kunyah2 rasa coklat) baru naik hb
mula2 hb 12.5, pstu turun 11.3, pstu lps mkn jambu batu sebiji stiap pagi, pati delima (kdg2) air safron (kadang2) hati ayam 2 ke 3 kali sminggu cmtu. next visit kt kk naik balik 12.5
Saya lps ganti ubat zincofer drah terus naik dari 10.9 naik 11.9 sis kena minum ubat cara yg betul dan kena hari2 .. jgn miss makan ubat, Klu tkut muntah kena ambl wktu mlm sblm tdr .




Mommy of 1 superhero & 1 princess coming soon..