Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470


IG : isyabalqis_ Hi semua! Selamat Berpuasa. Disini saya ingin berkongsi tentang snek&makanan kegemaran saya yang wajib ada semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pertama sekali, hidangan snek saya yang wajib ada ketika beraya adalah Kuih Cornflakes Madu. Hidangan snek ini bukan sahaja disukai kanak2 malah orang dewasa pun amat menyukainya. Yang lebih menyeronokkan ialah pembuatannya juga tidaklah rumit seperti kuih2 lain. Senang dibuat dan cepat siap. Berbalang balang pun cepat sahaja habis kalau buat kuih ni 🫢 Seterusnya, hidangan kegemaran saya sewaktu raya ialah semestinya ketupat&rendang ayam 😋 hidangan ini juga amat disukai orang ramai tidak kira usia tua ataupun muda. Saya sangat menyukai hidangan ini sejak dari kecil lagi. Memang tidak pernah sedikit pun saya berpaling pada lauk lain jika ada hidangan ini. Setiap kali sewaktu raya sahaja pasti saya akan mencari hidangan yang ini dulu😁 Akhir sekali, saya berharap saya dapat beraya kerana due date saya pada bulan 5. Hampir setiap hari pujuk baby supaya bagi ibunya beraya dulu hehe…Jika ada rezeki saya menang hamper dari Ferns N Petals ini akan sangat bermakna bagi raya saya 🥰❤️ & goodluck juga untuk ibu2 yang lain✌🏻
Baca lagi