Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition

Hi Mommies! Puasa dah nak dekat, anda dah bersedia ke? Sekiranya ibu memilih untuk puasa penuh, apakah cara terbaik yang boleh diamalkan? Atau bolehkah ibu yang menyusu berpuasa? Apakah makanan terbaik yang boleh diamalkan? Boleh ke makan buah sahaja semasa berbuka? Jom tanya pakar kami tentang isu pemakanan terbaik untuk ibu menyusu atau bakal ibu dan cara mengatasi masalah gastrik semasa berpuasa bersama pakar kami Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition, pada 7 April 2022, hari Khamis. *NOTA: Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition
30 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

slmt ptg.sy nk tanya.ada x ubat yg boleh ganti obimin supaya x sembelit.teruk sangat sy sembelit selepas ambik obimin.boleh ke tukar ubat lain selain obimin?saya juga tak suka minum ubat atasi sembelit,sebab nanti waktu membuang dtg,sakit perut xleh bawak bincang.

4y ago

Hi, anda bolen bincang dengan doktor tentang masalah anda. Sebenarnya, masalah sembelit adalah biasa ketika mengandung disebabkan perubahan horman dan juga pengambilan suplemen prenatal seperti zat besi. Untuk membantu masalah ini, (1) Pastikan anda mengambil serat makanan yang mencukupi iaitu 2-3 sajian sayur-sayuran (1 sajian=½ cawan) dengan 2 sajian buah-buahan sehari dan bijirin penuh (wholegrains) seperti beras perang dan roti wholemeal (2) Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas) terutamanya apabila anda meningkatkan pengambilan serat. (3) Lakukan senaman ringan seperti berjalan untuk meningkatkan pergerakan usus