Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition

Hi Mommies! Puasa dah nak dekat, anda dah bersedia ke? Sekiranya ibu memilih untuk puasa penuh, apakah cara terbaik yang boleh diamalkan? Atau bolehkah ibu yang menyusu berpuasa? Apakah makanan terbaik yang boleh diamalkan? Boleh ke makan buah sahaja semasa berbuka? Jom tanya pakar kami tentang isu pemakanan terbaik untuk ibu menyusu atau bakal ibu dan cara mengatasi masalah gastrik semasa berpuasa bersama pakar kami Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition, pada 7 April 2022, hari Khamis. *NOTA: Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition
30 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

betulkah pemakanan ibu mempengaruhi susu dan rasanya? cth, ibu x blh mkn pedas nanti baby sakit perut . dan kalau ibu makan sayur nanti baby suka makan sayur sbb susu tu ada rasa sayur

4y ago

Hi, memang ada kajian yang menunjukkan anak menerima rasa daripada diet yang diambil oleh ibu melalui susu badan. Jika ibu makan pelbagai jenis makanan, bayi yang minum susu ibu juga akan turut merasai pelbagai perisa makanan. Jadi, pemakanan ibu menyusu penting untuk membentuk tabiat pemakanan anak yang sihat kelak. Namun, tiada kajian yang menyatakan makan pedas akan menyebabkan bayi sakit perut.