Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition

Hi Mommies! Puasa dah nak dekat, anda dah bersedia ke? Sekiranya ibu memilih untuk puasa penuh, apakah cara terbaik yang boleh diamalkan? Atau bolehkah ibu yang menyusu berpuasa? Apakah makanan terbaik yang boleh diamalkan? Boleh ke makan buah sahaja semasa berbuka? Jom tanya pakar kami tentang isu pemakanan terbaik untuk ibu menyusu atau bakal ibu dan cara mengatasi masalah gastrik semasa berpuasa bersama pakar kami Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition, pada 7 April 2022, hari Khamis. *NOTA: Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition
30 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

selmat mlam dr , sya mngandung 15week .. tapi gastrik kerap mnyerang .. alahan nak muntah dh brkurng tapi gStrik tu yang buat saya balik² nak muntah pedih ulu hati 🤧 .. nak puasa penuh tapi risau gastrik yg mmbatalkan puasa d sbabkan muntah .. dah mkan ubat klinik tapi x hilang jugak .. nak kena mkan 4 jam or 5 jam berturut turut..

Baca lagi
4y ago

Pertama sekali, bincang dengan doktor tentang keadaan anda sebelum membuat keputusan sama ada untuk berpuasa. Masalah gastrik/ ketidakhadaman memang biasa berlaku di kalangan ibu hamil disebabkan perubahan hormon dan bayi memberikan tekanan secara fizikal kepada salur penghadaman ibu. Jika anda memilih untuk puasa, (1) Pastikan anda makan (jangan skip) pada waktu sahur dan iftar. (2) Makan dalam kuantiti yang sederhana sebab makan berlebihan boleh memburukkan lagi masalah gastrik. (3) Makan seimbang, elakkan atau kurangkan makanan yang pedas, berlemak, masam yang terlalu banyak (4) Kurangkan makanan/minuman manis (5) Elakkan atau kurangkan minuman berkafein seperti kopi/teh/chocolate. Cadangkan jangan memaksa diri untuk berpuasa sekiranya tidak mampu/tidak selesa.