Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition

Hi Mommies! Puasa dah nak dekat, anda dah bersedia ke? Sekiranya ibu memilih untuk puasa penuh, apakah cara terbaik yang boleh diamalkan? Atau bolehkah ibu yang menyusu berpuasa? Apakah makanan terbaik yang boleh diamalkan? Boleh ke makan buah sahaja semasa berbuka? Jom tanya pakar kami tentang isu pemakanan terbaik untuk ibu menyusu atau bakal ibu dan cara mengatasi masalah gastrik semasa berpuasa bersama pakar kami Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition, pada 7 April 2022, hari Khamis. *NOTA: Segala persoalan diluar topik dan jangka masa yang ditetapkan akan dipadam atau tidak di jawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Gan Sin Yee, Bsc (Hons) Dietition
30 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi Cik Gan Sin Yee, bagi yg mengalami alahan dan tiada selera makan, apakah contoh menu yg dapat membekalkan tenaga berterusan ketika berpuasa?

4y ago

Pertama sekali, bincang dengan doktor tentang keadaan anda sebelum membuat keputusan sama ada untuk berpuasa. Semua nutrien yang diperlukan untuk ibu dan bayi boleh diperolehi daripada pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Makan pelbagai makanan padat nutrient (nutrient dense). Diet anda harus mengandungi: (1) Nasi, mee, roti, bijirin dan hasil bijirin dan ubi-ubian (2) Buah-buahan dan sayur- sayuran (3) Ikan, ayam, daging dan kekacang (4) Susu dan hasil tenusu Untuk membantu anda mengekalkan kenyang lebih lama, makan lebih banyak makanan kaya serat kerana serat makanan melambatkan proses penghadaman dan ini mengurangkan rasa lapar. Misalnya, roti wholemeal, oat, keledek dan multigrain. Makanan protein seperti daging, kekacang, telur, tempeh dapat juga membantu untuk memberi tenaga yang lebih mampan sepanjang hari. Selain itu, pastikan anda minum secukupnya sebelum dan selepas berbuka puasa. Minum antara 8-12 cawan air setiap hari. Elakkan minum kopi dan teh kerana kandu