Soalan random (wipes & air)

Hi mommies, Nak tanya pengalaman masing2 bersihkan najis baby macamana ? Saya terfikir bila baby boleh adapt dengan air sejuk untuk bilas najis & tak perlu guna wipes untuk bersihkan. Sekarang baby saya 2 bulan lebih & still guna wipes setiap kali membuang. Terfikir nak start bersihkan guna air. Kefahaman & pandangan mak lain2. Boleh share tak.

26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hi sis.. kalau saya, saya guna spray dan cotton + tissue kalau kat rumah sndri dan wipes kalau ke klinik dalam seminggu pertama. sebab anak saya tak tahan sejuk. even tutup semua kipas pun menggeletar lepas mandi air suam. jadi, minggu kedua, saya cuba sikit2. waktu tukar diapers, saya sediakan tuala dan saya spray air kat kaki dulu sebelum kat kemaluan. sikit2, naik ke atas, tgk respon anak. kalau anak saya, dlm 10hari, saya dah bilas najis anak dengan air biasa sebab nampak dia dah boleh adapt dengan air sejuk (+ maybe air sejuk rumah kami tak sejuk sangat). start 2bulan stgh, dah mandi air sejuk. sebab nak hantar anak kat nursery dan alhamdulillah anak boleh adapt.

Baca lagi
TapFluencer

jika muslim, buang najis dgn wet tissues tu. Lepas tu bersihkan najis dgn air. lepas tu keringkan kulit bayi dgn kain kering/ tisu kering yg gentle dgn kulit bayi. Najis bayi yg minum susu ibu sepenuhnya , najis muhaffafah. Yg minum selain susu ibu atau dah makan, dah jd najis mutawasitah. tengok anak juga. ada anak yg ok je air sejuk ikut cuaca. Ada anak tak boleh mcm anak saya. jeritannya kena air sejuk, Allahu. 😅 Setahun 6 bulan , baru saya dah tak mandikan dia dgn air suam sbb dia dah pandai main buang air suam dari baldi. 😁 untuk cuci najis direct air paip , tak ingat lah 😅 Rasanya bila anak dah badan tegap sikit.

Baca lagi

Pngalaman sy thun lpas...mula² sy guna wipes jgak...lpas tu baby sy jadi alah dgn bhan² dlm wipes tu..abes merah² pnggung dgn miss v dia. Mungkin alah dgn wipes dn jgak pampers. Sbb time tu sy bg pkai dyrpers. Slpas kjadian tu....Utk bsuh berak kncing. Sy guna tisu dgn air spray. Ltak dlm botol spray. Tiap kali nk tukar pampers kencing sy guna botol spray tpi utk berak sy bwak ke blik air trus. Bsuh dgn air paip.

Baca lagi

anak saya mula mula guna baby wipes then spray dengan air. lepas tu lap kering. bila baby dah tahan keadaan air paip, mula lap dulu guna wipes kotoran supaya senang nak dukung dia pergi tandas then bilas direct air paip. kalau keluar & tempat tak mengizinkan so sama guna baby wipes & spray air. kadang ulang dua kali supaya lebih bersih, lap kering baru pakaikan pampers. balik rumah mandikan cuci semula bersih bersih

Baca lagi

Saya dari awal CL ajar cuci guna direct air paip. Saya tgk baby okay je. First few days mmg guna wet tissues. Tapi bila CL dh ade dia guna air paip je. And then baby saya mmg jenis suka air agaknya. Dia tak pernah menangis kalau mandi or cuci berak kencing. Air tu suam ke, sejuk ke, dia steady je. Mandi shower pun dia suka ye. Muka senyum gelak tiap kali mandi. Dia baru 4 months.

Baca lagi
TapFluencer

saya ada baca baby 3 bulan dan berat 6kg keatas da boleh mandikan dengan air paip biasa sejuk. anak saya 3 bulan saya da bilass pakai air biasa da tak gunakan tisu basah da. dijamin bersih dan dpt kurangkan penggunaan tisu basah(save budget). lagi satu anak saya tak boleh mandi air suam nanti leher dan celah kangkang mudah melecet. kalau mndi air paip biasa tkde pun.

Baca lagi
1y ago

kena bagi dia biasa mandi air paip je laa kan..nanti try laa .

Anak i 3 orang so far sebelum ni i guna wipes yang organic tu. Tapi tula, wipes ni tengok baby jugak. So far anak i tak sensitive. Alhamdulillah takde melecet, semua ok. I guna wipes sampai 6months lebih macam tu je tapi i akan cuci dengan air jugak untuk bilas in case ada poop yang melekat lekat

anak dr awal lahir pun direct air paip dah.. kalau awal2 tu bila 💩 baru guna wipes, lap dulu pastu bwk gi sinki. bila dh 2bulan duk sendiri berdua je dgn anak mmg tak guna langsung dh wipes.. wipes yg beli dgn dpt hadiah semua buat lap benda2 lajn je 🤣 untuk anak tak habis 1 bungkus pun

Awal pantang saya letak air dalam botol spray & guna tisu bukan wipe sebab takut kulit anak sensitive. Lepas hari ke 3-7 ke atas biasanya tali pusat akan luruh. Jadi biasanya lepas hari ke 10 kelahiran saya guna direct paip untuk cuci walaupun pukul 3 pagi.

klu ikut islam, msti bersihkan najis ank guna air. utk newborn, bole guna air dlam spray dlu lpas tu gune wet wipes. asalkan ade air mengalir. klu ank2 sye, sye cci guna direct air paip lpas2 pantang. 3bulan gitu sye dah cci bersih guna air paip.