JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!

Mommies, jangan ketinggalan untuk berpeluang menang t botol bayi yang eksklusif ini. Klik di sini: https://community.theasianparent.com/contest/botol-bayi-dari-he-and-she-untuk-dimenangi/1438

JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!
135 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya selalu buat kek batik. sebab resepi & cara buat dia paling simple 😂 tak lama sebab masak pun atas api je. Lepas masak, terus simpan peti ais bagi sejuk. Bahan: 1. Butter (selalu pakai brand Buttercup) 2. Susu pekat manis (x kesah brand apa, tp sy selalu pakai f&n) 3. Milo paket kecik (400g) 4. Biskut Marrie (original @ coffee) yang dah di patah2 kan. 5. Loyang @ tempat simpan kek 6. Kuali + sudip besar Cara buat: 1. Sediakan kuali. 2. Pasang api yg paling rendah @ kecik sekali. (penting, API KENA SENTIASA KECIK) 3. Dah panas, letak keseluruhan butter. Biar dia mencair sendiri pastu gaul2. 4. Bila butter dah habis cair, gaul dia sekejap, pastu letak separuh @ 1/2 tin susu pekat manis (ikut tekak, nak kurang manis boleh letak 1/3 tin je). Gaul2 dia bagi mix. Gaul sekejap je, asal dah mix. 5. Lepas gaul bagi mix, letak keseluruhan milo. Gaul bagi mix lagi. (kena cepat2 gaul bagi mix sebab risau nanti kering). 6. Dah habis gaul, terus masukkan biskut marrie yang dah dipatah2kan tu. Gaul bagi rata semuanya. Pastikan kesemua biskut kena @ jadi coklat. 7. Dah habis gaul, boleh lah terus masukkan ke loyang. Dah masuk loyang, boleh tekan2 @ bagi rata biskut tu pakai sudu biasa. (Takyah terlalu menekan, nanti susah nak potong bila dah sejuk sebab keras). 8. Dah rata, boleh masukkan ke peti ais. Tunggu setengah jam bila dh sejuk boleh la potong makan!! ❤ Boleh la siapa2 nak try. Lagi2 nak bulan puasa ni. Resepi sy takde pakai telur ke apa sbb sy mmg suka dia keras2 mcm biskut.

Baca lagi

SUSU LAPIS STRAWBERI.. Bahan-bahan 1. Agar-agar tali - 20g (rendam dengan air 1 jam. Kemudian toskan) 2. Air - 5 cawan 3. Gula - 1 cawan 4. Susu cair - 1 tin (Jadikan 2 cawan. Tak cukup boleh tambah air) 5. Garam - secubit 6. Strawberry - 10 biji (potong nipis) 7. Pewarna strawberry 8. Perisa strawberry 9. Tepung kastard - 2 sudu besar. .Cara Masak 1. Masak air dengan agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata. Kemudian masukkan susu cair, susu pekat, tepung kastard dan secubit garam. Masak hingga nak mendicih. Tutup api. 2. Susun strawberry di dalam loyang 8x8. Loyang bulat pun boleh. 3. Ambil 1 cawan agar-agar dalam step 1 tadi dan tuang di atas susunan strawberry perlahan-lahan. Biarkan sederhana beku. 4. Ambil 2 cawan adunan agar-agar dalan step 1 dan masuk dalam bekas lain. Kemudian amik lagi 1 cawan agar-agar step 1 dan kisar dengan 1 biji strawberry sampai halus. Masukkan ke dalam bekas 2 cawan agar-agar tadi bersama pewarna dan perisa strawberry. Kacau sebati. 5. Kemudian ambil 1 cawan adunan agar-agar dalam step 4 dan tuang ke atas puding yang disejukkan dalam step 3 tadi. 6. Ulang melapis puding secara berselang seli antara adunan agar-agar step 1 dan step 4. Ulang sehingga habis. 7. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam dan boleh di makan selepas itu... #theasianparent #heorshe

Baca lagi
Post reply image

Selalu makan pengat pisang. Tapi kalini mak selalu buat pengat labu, jadi fav seisi keluarga 🥰 🎀RESEPI PENGAT LABU semudah ABC🎀 Bahan bahannya : 1 biji labu manis saiz sederhana besar ( dipotong dan dibuang kulitnya kemudian dibersihkan)kak Jm potong besar besar sikit supaya tak mudah hancur 1 ikat daun pandan 100 gram biji sagu (sagu ni direndam awal 15 minit untuk memudahkan @ mempercepatkan proses mengembang) Sedikit garam 1 keping besar gula nise @ gula kerek 1 kotak kecil santan pekat (200ml) Cara caranya : 1. Masukkan labu dan isikan air kedalam periuk.Masukkan juga sagu dan daun pandan.Mulakan proses merebus sehingga labu separuh empuk. 2. Setelah labu separuh empuk, barulah dimasukkan gula nise tadi.Gula nise sebolehnya jangan masuk awal sebelum sagu mengembang kerana ia akan merencatkan sagu, nanti lambat kembangnya.Boleh tambahkan sedikit gula putih jika ingin rasa yang lebih manis sesuai selera. 3. Kemudian, masukkan sedikit garam(sedikit aje). Tujuan dimasukkan sedikit garam untuk seimbangkan rasa kuah dan menyerlahkan rasa lemak pengat labu ini🥣. 4. Akhir sekali, barulah masukkan santan pekat, kacau dan masak selama 5 minit.Kemudian, tutup api.Sedia untuk dihidang. Mudah sangat sangat😍 Pekat😋 Melekat😅 Terpikat😘

Baca lagi

Menu yg saya nak kongsikan utk pencuci mulut & yg sy selalu buatkan utk family saya dan paling simple dan boleh guna bahan yg ada di dapur je, 'Butir Nangka'. Bahan-bahan utk butir nangka: Tepung pulut Garam Air Perwarna (hijau epal) Cara-cara utk buat butir nangka: 1. Campurkan tepung pulut, sedikit garam dan air. Sambil2 tu boleh didihkan air dalam periuk. 2. Gaul dan bila dah ikut tekturs dia, masukkan sedikit pewarna hijau. Mcm sy kadang2 bila pewarna hujau tu xade dan sy nk ada rasa daun pandan, sy guna air daripada daun pandan. 3. Kemudian bentukkan mcm butir nangka(bujur). 4. Lepas dah siap bentuk, boleh masukkan dlm air yg dah mendidih. 5. Bila butir nangka tu timbul boleh la angkat guna penapis. Bahan utk buat santan butir nangka: Santan Gula merah/gula melaka Sagu Daun pandan Cara buat santan butir nangka : 1. Masukkan santan, campurkan sedikit air, daun pandan dan sedikit garam. 2. Sambil tunggu santan tgh masak atas api, bersih dan rendamkan sagu. Lepas tu boleh tapiskan sagu tadi. 3. Sambil2 tu kacau santan supaya dia tak membuak keluar dan api slow je. 4. Masukkan gula merah/gula melaka. Agak2 je. Kalau xsuka manis, kurangkan. 5. Akhir sekali masukkan sagu & butir nangka tadi. Kacau sekejap dan boleh dah tutup api.

Baca lagi

Panna Cotta Strawberry 🍓 Masam masam creamy sesuai untuk semua! Bahan: 1. Gelatin/Serbuk @ tali agar agar (2 sdb) 2. Air sejuk (4 sdb) 3. Susu Full Cream (550ml) 4. Whipping Cream (250ml) 5. Gula (3 sdb) Cara cara: 1. Kacau gelatin dengan air sejuk sebati dan biarkan sampai kembang (saya biarkan selama 10min) 2. Masukkan susu, gula dan whipping cream dalam periuk. Kacaukan sehingga gula larut tapi jangan sampai mendidih ya! *gunakan api kecil sahaja😊 3. Masukkan gelatin yang sudah kembang dan kacau sampai gelatin sebati. ingat, api mesti kecil ya kawan kawan 😉 4. Dah sebati semua, boleh tutup api dan tuang dalam bekas kecil! dan sejukkan dalam peti ais sekurang kurangnya 4jam. untuk topping 🍓: 1. Masakkan strawberry, air dan gula sampai jadi tekstur macam jem. Sukatan kawan kawan agak agak jerr. nak manis boleh lebihkan gula. kalau saya guna 8biji strawberry, gula 2sdb dan air 300ml. dah siap boleh letak atas acuan dalam bekas kecil tadi! panna cotta strawberry siap! *topping boleh tukar dengan buah lain juga, eg: mangga, blueberry, raspberry, coklat pun boleh! selamat mencuba! 😋

Baca lagi
Post reply image

Saya suka buat pavlova. Walaupun rasanya yang manis bila digabungkan dengan whipp cream yg less sugar dan buah-buahan yang sedikit masam rasanya cukup sedap. Ada masam manis dan creamy. Bahan-bahan senang nak dapat di kedai-kedai. Bahan-bahan juga tak banyak. Bila buat pencuci mulut ni, kami akan sama-sama take part bila sesi menghias. Bila tambah buah buahan yg segar, pavlova jadi sangat cantik. Rasanya yang crunchy diluar,chewy didalam, creamy whipped cream dan buah yang masam-masam sangat sempurna sebagai pencuci mulut. Resepi Meringue Pavlova 6 biji telur ( bahagian putih telur gred A ) 300gram gula castor 1 sudu kecil esen vanila 2 sudu cuka putih 1 sudu tepung jagung Hiasan whipped cream Buah2 Cara2: 1)Pukul Putih telur sahaja sampai kembang, jangan ada habuk or kuning telur 2) Masukkan gula castor sikit-sikit sambil pukul telur tu (make sure gula sebati dengan telur) 3)bila dah sebati semua, masukkan esen vanila,tepung jagung,cuka putih. 4)gaul perlahan semua bahan 5)Bakar pada suhu 125*C selama lebih kurg 1 jam 30 minit 8)Hias dgan whipped cream dengan buah

Baca lagi

Resepi favourite saya inspirasi daripada bonda tercinta 🌹 ✨Qasidah Utara✨ ❤️BAHAN-BAHAN❤️ 1 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 1/4 cawan gula 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh air kapur makan - supaya nampak berkilat 1 sudu makan minyak sapi -untuk lebih enak dan wangi ❤️BAHAN HIASAN❤️ 6 ulas bawang merah (hiris) secubit garam. ❤️CARA MEMASAK❤️ 1.Panaskan minyak secukupnya. Tambah secubit garam dan goreng bawang merah sehingga kekuningan. Ketepikan. 2. Sediakan periuk, masukkan air, tepung gandum, gula, garam dan air kapur makan. 3. Menggunakan api yang perlahan, kacau sehingga pekat dan berkilat. Anggaran 15 minit.(kacau tanpa henti) 4. Apabila sudah pekat tambah sedikit minyak sapi atau minyak gorengan bawang tadi untuk menambahkan rasa. 5. Akhir sekali, tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan minyak. 6. Ratakan adunan dan tabur bawang goreng tadi. Nak tambah lagi dengan sedikit minyak bawang pun boleh. 7. Sejukkan dulu sebelum dihidangkan. Sedap sangat untuk minum petang atau berbuka puasa. Resepi bonda tercinta memang tiada tandingan🌹

Baca lagi
Post reply image

resipi caramel crackers low sweet.. selalu org dah tahu kan cara nak buat caramel. tpi yg ni diolah sikit utk jadi lebih creamy and kenyang..sumpah sedap kalau try sbb tak manis sgt sesuai utk anak anak pnya dessert. Bahan-Bahan loyang petak atau bulat gula 6 sudu susu cair 1 tin telur 4 biji susu pekat 2 sudu biskut crackers 8 keping( apa apa jenama pn tkpa better jgn ada sugar yg biasa pnya) cara-cara -Panaskan loyang atas api ( api sederhana) -letakkan gula dalam loyang dan ratakan..biar masak sekejap sehingga gula keperangan. tutup api dan ketepikan. -campurkan susu cair ,susu pekat dan telur kacau manja saja. pecahkan telur dan ramas biskut sehingga hancur kasar, masukkan ke dalam adunan susu tadi gaul sebati. -masukkan semua adunan yang telah dicampur ke dalam loyang yang ada gula yg dikeraskan td . -kukus selama 40 minit . kemudian sejukkn sebentar dalam 15 minit baru masuk peti. -nak makan terbalikkan loyang ke dalam pinggan dan sedia untuk dihidang.. Resipi simple dan sedap..sesuai untuk warga emas , ibu pregnant yg ada gdm dan kanak kanak. #selamatmencuba #Theasianparent

Baca lagi

Menu kegemaran famili saya ialah pear cobbler. Mudah sangat untuk disediakan. jom semak resepi mudah di bawah ini. 🥰 Pear Cobbler 🔸🔸🔸🔸🔸 Bahan-bahan: 1) 100 gram butter 2) 2 biji pear dihiris nipis 3) 3/4 cawan tepung gandum 4) 2 sudu kecil baking powder 5) 1 sudu kecil serbuk cinnamon 6) 1/4 sudu kecil garam 7)1 biji telur 8) 3/4 cawan susu full cream 9) 1 cawan gula 10) 1sudu besar kacang gajus yang dicincang kasar Cara- cara: 1) Campurkan 1/2 cawan gula kepada hirisan pear dan ketepikan 2) Cairkan butter di dalam oven. 3) campurkan tepung gandum, baking powder, serbuk cinnamon, garam dan 1/2 cawan gula dan kacau. 4) Di dalam mangkuk lain, whisk telur dan susu full cream. 5) Campurkan adunan telur ke dalam adunan tepung dan gaul sebati. 6) Keluarkan butter yang dicairkan di dalam oven. 7) Tuang adunan tadi ke dalam butter yang dicairkan tersebut. 8) Susun hirisan pear dan tabur kacang gajus 9) Bakar suhu 170'c celcius 1 jam sehingga pear keperangan. 10) Scoopkan ais krim Vanilla dan letak di atas Pear Cobbler. 11) Siap untuk dihidang.

Baca lagi
Post reply image

Agar- Agar Pandan Santan 😋 . Jom buat! 📍Bahan - Bahan : ( Loyang 8 inci) - 12 gram agar agar tali - 4 cawan air - 4-5 helai daun pandan - 200ml santan - 1 biji telur - 125 gram gula / setengah cawan gula . 📍Cara- Cara : 1. Blend 4-5 daun pandan + 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap air pandan. 2. Kacau sebati 200 ml santan + 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan + telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan. . 3. On api, masukan 4 cawan air + 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana . 4. Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula + air pandan + santan dan telur + 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal. . 5. Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nk bagi santan dia terpisah dengan air. . 6. Bila dah 1-2 minit. Off api .Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci. . 7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan dalam peti selama 2 jam.

Baca lagi