JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!
Mommies, jangan ketinggalan untuk berpeluang menang t botol bayi yang eksklusif ini. Klik di sini: https://community.theasianparent.com/contest/botol-bayi-dari-he-and-she-untuk-dimenangi/1438


Agar- Agar Pandan Santan 😋 . Jom buat! 📍Bahan - Bahan : ( Loyang 8 inci) - 12 gram agar agar tali - 4 cawan air - 4-5 helai daun pandan - 200ml santan - 1 biji telur - 125 gram gula / setengah cawan gula . 📍Cara- Cara : 1. Blend 4-5 daun pandan + 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap air pandan. 2. Kacau sebati 200 ml santan + 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan + telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan. . 3. On api, masukan 4 cawan air + 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana . 4. Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula + air pandan + santan dan telur + 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal. . 5. Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nk bagi santan dia terpisah dengan air. . 6. Bila dah 1-2 minit. Off api .Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci. . 7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan dalam peti selama 2 jam.
Baca lagi