JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!
Mommies, jangan ketinggalan untuk berpeluang menang t botol bayi yang eksklusif ini. Klik di sini: https://community.theasianparent.com/contest/botol-bayi-dari-he-and-she-untuk-dimenangi/1438


SUSU LAPIS STRAWBERI.. Bahan-bahan 1. Agar-agar tali - 20g (rendam dengan air 1 jam. Kemudian toskan) 2. Air - 5 cawan 3. Gula - 1 cawan 4. Susu cair - 1 tin (Jadikan 2 cawan. Tak cukup boleh tambah air) 5. Garam - secubit 6. Strawberry - 10 biji (potong nipis) 7. Pewarna strawberry 8. Perisa strawberry 9. Tepung kastard - 2 sudu besar. .Cara Masak 1. Masak air dengan agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan kacau rata. Kemudian masukkan susu cair, susu pekat, tepung kastard dan secubit garam. Masak hingga nak mendicih. Tutup api. 2. Susun strawberry di dalam loyang 8x8. Loyang bulat pun boleh. 3. Ambil 1 cawan agar-agar dalam step 1 tadi dan tuang di atas susunan strawberry perlahan-lahan. Biarkan sederhana beku. 4. Ambil 2 cawan adunan agar-agar dalan step 1 dan masuk dalam bekas lain. Kemudian amik lagi 1 cawan agar-agar step 1 dan kisar dengan 1 biji strawberry sampai halus. Masukkan ke dalam bekas 2 cawan agar-agar tadi bersama pewarna dan perisa strawberry. Kacau sebati. 5. Kemudian ambil 1 cawan adunan agar-agar dalam step 4 dan tuang ke atas puding yang disejukkan dalam step 3 tadi. 6. Ulang melapis puding secara berselang seli antara adunan agar-agar step 1 dan step 4. Ulang sehingga habis. 7. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam dan boleh di makan selepas itu... #theasianparent #heorshe
Baca lagi