JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!

Minggu Ke-2: Lengkapkan tugasan anda dan komen jawapan pada ruangan komen di bawah! Klik di sini: https://community.theasianparent.com/contest/botol-bayi-dari-he-and-she-untuk-dimenangi/1438

JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!
50 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sebagai seorang ibu,kebersihan alatan anak sangat saya tekankan sejak lahir lagi 👶. Antara tips saya untuk botol susu anak kekal bersih dan selamat adalah ➡️ 1.Cuci botol susu anak segera setiap kali selesai penyusuan.Menangguhkan untuk mencuci botol susu akan menyebabkan kuman dan bakteria 🦠 mudah membiak dan akhirnya menyukarkan ibu untuk mencuci. Sisa susu yang melekat di puting memang sangat berbahaya kepada bayi ✅ 2. Memastikan botol susu anak cukup untuk setiap penyusuan.Contohnya,anak minum susu 4 Kali sehari,jadi saya sediakan 4 botol susu 🍼untuk setiap kali bancuhan susu. Ianya sangat penting untuk mengelakkan bayi menggunakan botol susu tercemar,terutamanya ketika sedang 'travel' atau kecemasan ✅ 3. Setiap kali selesai mencuci,saya akan masukkan botol susu ke dalam sterilizer untuk membunuh sisa kuman 🦠jika ada dan mengeringkan botol dengan selamat. Penggunaan UV light steriliser selamat untuk anak dan tidak memudaratkan 👌 4. Akhir sekali,saya akan pastikan botol susu 🍼 anak ditukar 2 Kali setahun. Jika menggunakan botol PPSU,jangka hayat botol lebih lama,iaitu setahun. Puting botol juga ditukar setiap 2 minggu ke satu bulan untuk memastikan tiada bakteria yang membiak pada puting ✅ Taraa..inilah tips saya untuk botol susu bayi kekal bersih dan selamat digunakan. Semoga anak kita kekal sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit berbahaya,Amin 🤲 Ibu prihatin,anak ceria!

Baca lagi
Post reply image
VIP Member

Disebabkan anak saya merupakan bayi "special needs" kerana masalah kesihatan jantung dia, saya mengambil langkah penjagaan yang rapi untuk penjagaan botol susu anak saya. Berikut adalah cara saya. 1. Saya akan pastikan tangan saya bersih dengan mencuci tangan menggunakan sabun sebelum membasuh botol susu. 2. Saya akan memilih sabun khas untuk basuh botol yang mengandungi stain removal bagi memastikan lemak susu yang tersisa hilang. Sisa lemak susu ni la yang buatkan botol susu anak kita berbau tau kalau tak cuci dengan segera dan betul. 3. Pemilihan sabun botol susu juga kena betul ye. Jika sabun botol susu tu banyak buih tu tandanya sabun tersebut ada kandungan detergent yang tinggi. 4. Tanggalkan tudung botol, puting dan bahagian yang lain jika ada. Pendek kata leraikan semua dan rendamkan dalam air panas bersama sabun dalam tempoh 10 - 15 minit. Kemudian saya akan cuci menggunakan berus botol dengan betul. Hilangkan semua lemak susu jika ada. 5. Bilas dengan bersih dan keringkan. 6. Setelah kering saya akan gunakan alat pensterilan botol yang memiliki sinaran uv. Saya menggunakan 59s P55 UV Sterilizer. 7. Tips tambahan daripada saya. Puting botol susu hendaklah ditukar dalam tempoh minimum 1 minggu dan maksimum 2 minggu selepas penggunaan. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih memberi peluang untuk saya kongsikan cara penjagaan dan pembersihan botol susu anak saya. 🌹❤️

Baca lagi
VIP Member

Hi 👋🏻 Salam Sejahtera Semua Warga THEASIANPARENT 🥰 Hari ni saya akan kongsikan tips bagaimana untuk memastikan botol susu si manja saya kekal bersih dan selamat digunakan semula !😃👍 Step By Step ⬇️ 1️⃣ First step saya akan mencuci tangan terlebih dahulu dengan sabun & keringkan dengan tuala bersih. 2️⃣ Second saya akan check puting botol susu si manja saya bebas dari sebarang retakan. Buang kalau ada sebarang kerosakan pada puting . Bakteria boleh merebak di bahagian retakan puting botol susu. 3️⃣ Third saya akan basuh semua peralatan botol susu di dalam air panas dan bersabun. Dan saya guna pencuci botol susu berjenama PIGEON LIQUID CLEANSER & TOLLYJOY BABY ACCESSORIES / VEGETABLE LIQUID CLEANSER & PUREEN BOTTLE WASH & PUREEN LIQUID COEANSERS. 4️⃣ Fourth berus botol untuk menyental di dalam botol dan puting botol susu. Part yang paling penting perlu bagi perhatian lebih pada penutup & skrew pada bahagian atas . 5️⃣ Saya akan percik air menerusi puting botol untuk membersihkan lubang kecil itu untuk memastikan tiada lagi kotoran. 6️⃣ Bilas semuanya dengan bersih & teliti. 7️⃣ Selesai cuci botol susu saya akan keringkan botol susu si manja saya. SEKIAN TERIMA KASIH 😇✨✅ #heorshe #theasianparentmalaysia #tipscucibotolsusu #Carasayauntuksimanjasaya

Baca lagi
Post reply image

cara saya 1. Sterilkan botol dan puting secara berkala. • Bagi menyahkuman botol dan puting, pensterilan boleh dilakukan dengan menggunakan alat khas atau merebus botol susu dan puting setelah dibersihkan. • PASTIKAN keseluruhan botol dan puting susu terendam SEPENUHNYA didalam air. • Rebus cukup setakat air mendidih dan biarkan sekurang-kurang 2-3minit setelah mendidih. • Keluarkan botol menggunakan penyepit khas agar kesterilannya terjaga. • Kemudian lap dan keringkan botol susu sebelum disimpan. 2. Gunakan cairan pembersih botol susu yang betul dan berus yang betul. Bukannya menggunakan cairan pencuci pinggan mangkuk dan mencampur span cuci pinggan. Pastikan botol dibilas sempurna. 3. Pastikan anda mempunyai lebih dari tiga botol susu untuk anak. Minimum dicadangkan adalah 5-8. Lagi banyak botol susu, lagi peluang jagaan botol boleh ditingkatkan. Bertukar-tukar botol susu boleh membenarkan botol bergilir-gilir dibersihkan sempurna. 4. Buang botol dan puting jika kelihatan merekah, koyak, pecah kerana bakteria mampu kekal hidup dan membiak dipermukaan yang telah rosak dan mamlu bertahan dengan lama. 5. Tukar botol sekurang-kurang setiap 3bulan-6bulan sekali atau sekurang-kurang apabila botol telah berubah warna, kelihatan kekuningan dan bercalar sana sini.

Baca lagi
VIP Member

Me and my husband are cleanliness freak who canot tahan untidiness, dirty of the things or places, quiet a bit particular for neat and clean 😂 Untill our family and friends also tak boleh tahan our patterns. So lesson learning from newborn parenting, time is always not sufficient and rush. But at the same time, we want to ensure the hygiene and cleanliness of the baby bottles that is safe for our baby usage. 😂 We bought numbers of baby 🍼 bottles 😂 Every bottle we will use the designated feeding bottle detergent to wash, seperate all the parts, brush over the parts. Then the teats after brush n rinse, we will soak in hot 💦 water 1st while continue washing others. 😂 Then we will arrange accordingly in the UV sterilizer to dry it up and UV light to kill the germs 😂 We have a dry UV storage box to store all our baby bottles, pacifier, some baby items 😂 And we got tape the usage date at the bottom of bottles so we remember to change it frequently every 3 months So that is how we maintain cleanliness of our baby bottles 😵‍💫❤️ #heorshe #theasianparentmalaysia

Baca lagi
3y ago

Post reply image

cara saya memastikan botol bayi saya bersih dan selamat digunakan dengan langkah berikut : 1) selepas bayi menyusu botol-ii susu haruslah direndam dahulu untuk memastikan tiada ketulan susu basi akan melekat di botol susu. 2) selepas direndam panaskan air dan letakkan air panas di dalam bekas yang dalam dan lebar sebagai contoh baldi atau besen air. 3) rendamkan botol-ii susu anak di dalam bekas air tersebut selama beberapa minit . ini untuk memastikan tiada kuman dan kotoran . 4) selepas rendaman suam atau sejuk ibu bolehla membilas dengan air biasa menggunakan sabun yang dikhaskan untuk botol susu bayi . botol digosokkan dengan berus khas juga untuk memastikan tiada kotoran melekat di bawah dalaman botol . 5) selepas dibilas ibu boleh susun botol secara terbalik di atas tapisan botol yang disediakan untuk memastikan air menitis sehingga kering . dan selepas kering ibu-ii boleh menggunakan dan membancuh susu seperti biasa ^°^ *dengan mengikut langkah mudah ini akan memudahkan ibu-ii untuk mencuci dan selamat untuk digunakan . #heorshe #theAsianparent

Baca lagi
Post reply imageGIF

Hai semua. Saya belum lagi mempunyai anak sendiri, tetapi saya sedang mengandung anak yang pertama. Saya juga merupakan seorang guru taska yg pernah menjaga bayi dan kanak-kanak berusia dari 3 bulan sehingga 4 tahun. Bekerja di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bukan lah sesuatu yang mudah ya. Namun, ia memberikan saya sebuah pengalaman dan pengajaran dalam memberikan didikan dan asuhan dengan cara yang terbaik. Berkenan dengan soalan, cara saya untuk memastikan botol susu anak-anak sentiasa bersih dan bebas kuman adalah dengan cara, tidak membiarkan botol yang kosong tinggal di merata-rata tempat, ambil dengan segera dan basuh mengunakan sabun pencuci botol bayi kemudian memberus mengunakan berus botol dan cuci sehingga bersih. Kemudian saya juga akan mencuci botol mengunakan air panas pada hujung minggu. Semoga tips yang baik boleh dikongsi, dan yang salah harap dimaafkan atau jika sudi boleh berkongsi komen atau pendapat anda. Terima kasih. ❤️

Baca lagi
VIP Member

Kena segera basuh botol dengan sabun setiap kali habis penyusuan. Didihkan air, matikan api dan rendamkan botol selama 5-10 minit. Gunakan penyepit untuk membawa botol keluar dari air panas. Letakkan dalam keadaan terlangkup di atas permukaan yang bersih. Boleh digunakan setelah kering. Jangan sentuh bahagian dalam botol. Elak gunakan yang air sedang mendidih semasa membancuh susu. Bancuhan susu terus ke air mendidih menyebabkan zat susu musnah. Gunakan sukatan yang disyorkan mengikut saranan pengeluar supaya anak anda mendapat zat-zat yang diperlukan secukupnya. Setelah umur mencapai 6 bulan, digalakkan beri makan makanan dahulu, dan susu hanya sebagai makanan tambahan.

Baca lagi

Pada pendapat saya dan amalan yang selalu saya lakukan selepas menggunakan botol susu ialah dengan merendam dalam 10-15min botol susu dengan pencuci botol pureen. Kemudian saya akan mencuci botol menggunakan berus pencuci botol bayi. Jangna lupa untuk membilas dengan air panas bagi menghilangkan bakteria2 yang melekat pada botol. Terlingkupkan ke atas drying rak utk memastikan botol susu betul betul kering. Selesai boleh digunakan dengan selamat. Para ibu dan ayah perlu alert dengan pertukaran botol susu mengikut ketetapan had penggunaan botol susu bayi anda. Terima kasih #heorshe #theasianparentmalaysia #iwanttowin

Baca lagi

Hi. Saya tak mempunyai anak lagi. Tapi saya sdg mengandungkan anak pertama. Sy mempunyai pengalaman menjaga anak buah. Apa yg sy buat lepas anak buah sy habis minum susu: 1. Saya akan ambil dan basuh menggunakan sabun khas utk mencuci botol susu dgn menggunakan berus botol susu. 2. Sy akan pastikan puting botol susu xade kotor atau rosak. Kalau ada sy akan bersihkan dan kalau hujung puting rosak, sy akan minta mak dia tukarkan baru. Sbb anak buah suka gigit puting. 3. Lepas basuh sy akan rendamkan dengan air panas. (Tak buat hari2. At least dlm seminggu 3-4 kali) 4. Sy bilaskan dan keringkan dkt tempat botol susu.

Baca lagi