Nak meluah perasaan

Hi mommies, Anak saya baru sebulan lebih. Masa lahir2 kulit dia cerah, saya and husband pon memang kulit cerah. Mungkin sebab jaundice dia lama sampai 3 minggu jadi kulit dia memang nampak gelap. Masalahnya saya tak kisah pon bab warna kulit anak ni tapi dah kalau hari2 orang nak hentam tanya kenapa gelap fed up pulakk saya. Sedih rasaaa anak sendiri kena skin shaming ni, memang baby ni nak kena kulit cerah je ke 😌

38 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

ignorekan je sis, mulut org sampai bila2x takkan tutup, ada je benda tak kena, padahal takda salah pun. lagipun warna kulit dia akan berubah lagi nanti . so ignore je okay. sbb nanti akan ada lagi yg nak dikatanya, bab saiz badan anak, rambut, gigi, meniarap or bab makan lagi tau. tipu kalau kita tak down ,org kata anak kita mmcm ,da la baby lagi tapi tuh la, mulut org ,bila kita mjawab, terasa pula.

Baca lagi

Ya normal sbg manusia biasa akan sedih dgn kritikan org. Tp kita boleh pilih utk mengarahkan fokus kita pada siapa. Jadi pilihlah utk fokus kpd sesuatu yg positif saja dan abaikan kritikan. Allah cipta manusia dah cantik sempurna dh xkira apa warna kulit sekalipun. Yg penting anak itu membesar dgn sihat dan jd anak yg Soleh/solehah tu paling penting

Baca lagi

Kalau saya tak pernah terasa sebab saya buat tak tahu. Saya tak rajin nak menjawab balik sebab I choose my audience. Kalau jenis yang macam ni totally not worth to entertain. Awak masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, jangan simpan di hati. InshaAllah hati akan berasa lapang.

Anak kakak sy prolonged jaundice, kulit bby msa masih tnggi kuning tu mmg x cerah. start anak dah sembuh kuning, ui terpaling cerah kulit anak kakak sy tu putih melepakkk. so jgn risau ye klu anak kulit x cerah masa jaundice. Nt dah sembuh molek je kulit baby tuu..

anak prolonged jaundice memang camtu. anak sy yg sulung skrg dah 10tahun. masa tadika dulu cerah kejap. ni dah sekolah kena panas sentiasa gelap balik. kalau kitorang just cakap 'dont worry abang. you're tall dark n handsome, other's opinion doesn't matter ' hehe

Walaupun anak sy x hitam sy akan selalu ckp “Hitam la elok, lambat kotor.” If sy dgr ada mulut puaka komen warna kulit anak org. Xpun sy akan jawabkan “Hitam kulit tak apa jgn hitam hati.” Selalunya diorang akan diam lepas ru

xpe sis abaikan je org2 mcm tu .ank sy dulu lepas lahir pon gelap jgk .pastu 4 bulan tu jd putih melepak .ikat rambut tocang atas kepala mcm ank cina plak jd. ramai tegur baby girl pdhal baby boy sbb putih sngt .

kalau x kisah abaikan je.. or direct je tanya mcm ni "ada masalah ke kulit gelap pun?" "memang syurga utk org kulit cerah saja ke?" cakap sambil gelak2 je,biar mkn dalam sikit. pura2 tersembur air minum ke..

Baca lagi

anak sy yg kedua gelap sampai sekarang dh umur 5thn gara2 duduk bawah lampu jaundis masa baby..muka je cerah berbeza dia dengan kakak..tiap Kali org tanya sy senyum je..Tak kisah janji ank sy sihat

Jgn kesah sngt mommy. Anak sy pon sama je kluar2 agak gelap . Tp skrg dah masuk 4 bulan pelan2 skin dia cerah. Manusia mmg begitu. Pekakkan telinge. Klau dgar mmg stress sngt2 dgn deme ni😣