JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!
Minggu Ke-2: Lengkapkan tugasan anda dan komen jawapan pada ruangan komen di bawah! Klik di sini: https://community.theasianparent.com/contest/botol-bayi-dari-he-and-she-untuk-dimenangi/1438

Sebagai seorang ibu,kebersihan alatan anak sangat saya tekankan sejak lahir lagi 👶. Antara tips saya untuk botol susu anak kekal bersih dan selamat adalah ➡️ 1.Cuci botol susu anak segera setiap kali selesai penyusuan.Menangguhkan untuk mencuci botol susu akan menyebabkan kuman dan bakteria 🦠 mudah membiak dan akhirnya menyukarkan ibu untuk mencuci. Sisa susu yang melekat di puting memang sangat berbahaya kepada bayi ✅ 2. Memastikan botol susu anak cukup untuk setiap penyusuan.Contohnya,anak minum susu 4 Kali sehari,jadi saya sediakan 4 botol susu 🍼untuk setiap kali bancuhan susu. Ianya sangat penting untuk mengelakkan bayi menggunakan botol susu tercemar,terutamanya ketika sedang 'travel' atau kecemasan ✅ 3. Setiap kali selesai mencuci,saya akan masukkan botol susu ke dalam sterilizer untuk membunuh sisa kuman 🦠jika ada dan mengeringkan botol dengan selamat. Penggunaan UV light steriliser selamat untuk anak dan tidak memudaratkan 👌 4. Akhir sekali,saya akan pastikan botol susu 🍼 anak ditukar 2 Kali setahun. Jika menggunakan botol PPSU,jangka hayat botol lebih lama,iaitu setahun. Puting botol juga ditukar setiap 2 minggu ke satu bulan untuk memastikan tiada bakteria yang membiak pada puting ✅ Taraa..inilah tips saya untuk botol susu bayi kekal bersih dan selamat digunakan. Semoga anak kita kekal sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit berbahaya,Amin 🤲 Ibu prihatin,anak ceria!
Baca lagi



