JOM Menang Set Botol Bayi Dari He And She!
Minggu Ke-2: Lengkapkan tugasan anda dan komen jawapan pada ruangan komen di bawah! Klik di sini: https://community.theasianparent.com/contest/botol-bayi-dari-he-and-she-untuk-dimenangi/1438

Kena segera basuh botol dengan sabun setiap kali habis penyusuan. Didihkan air, matikan api dan rendamkan botol selama 5-10 minit. Gunakan penyepit untuk membawa botol keluar dari air panas. Letakkan dalam keadaan terlangkup di atas permukaan yang bersih. Boleh digunakan setelah kering. Jangan sentuh bahagian dalam botol. Elak gunakan yang air sedang mendidih semasa membancuh susu. Bancuhan susu terus ke air mendidih menyebabkan zat susu musnah. Gunakan sukatan yang disyorkan mengikut saranan pengeluar supaya anak anda mendapat zat-zat yang diperlukan secukupnya. Setelah umur mencapai 6 bulan, digalakkan beri makan makanan dahulu, dan susu hanya sebagai makanan tambahan.
Baca lagi


