ANAK KENCING DALAM SELUAR

Macam mana ya nak buat.Sy dah buntu,stress sangat.Anak 5 tahun.Kencing dalam seluar tiap masa.Dah kencing pon tetap main macam takde apa sampai kena marah baru dia pergi cuci punggung tukar seluar semua.Dia bukan tak pandai kencing kat toilet,tapi entahlah apa masalah dia.Dulu masa potty train,1 kali je terbabas kencing kat seluar.Dalam 2 minggu memang dia pergi toilet sendiri.Masuk minggu ketiga dah mula dia asyik kencing kat seluar.Dulu okay lagi baru terkencing sikit terus ke toilet,makin besar menjadi2 pulak dah kencing main je sampai basah semua.Dah buat sejam sekali suruh pergi toilet,masalahnya sampai bila saya asyik nak kena suruh pergi toilet sejam sekali.Dah la tiap kali nak suruh tu nak kena paksa dan marah sebab dia kate tak rasa nak kencing sampai sy hilang sabar baru dia nak pergi.Berak xde masalah.Ajar berak kat toilet masa 2 tahun.Ajar kencing kat toilet masa 3 tahun.Dah nak 2 tahun bebas pampers tapi bukan kencing kat toilet,kencing kat seluar adalah.Sy dah tak larat nak marah.Macam2 cara dah buat.cakap elok2,marah,denda.Tak makan saman juga.Sy tahu dia boleh pergi kencing kat toilet cuma dia pilih untuk kencing kat seluar.Sebab kalau pergi rumah orang elok je dia pergi toilet sebab dia malu kalau kencing kat seluar.Tapi kalau keluar berjalan masih berpampers,sebab dia buat perangai sama macam kat rumah.Kencing kat seluar tapi buat diam je.bayangkan kat luar tengah jalan2 dia buat perangai macam tu.pernah kencing dalam kereta.sbb tu kalau keluar sy pakaikan pampers sbb sy dah tak larat nak marah,buat spoil mood nak berjalan,tak larat nak bawak baju seluar banyak2 macam jaga newborn padahal anak dah besar.Kalau tanya nak kencing ke tak memang jawapannye tak je manjang.Tahu2 seluar dah basah.Kat rumah tak payah cerita berapa banyak baju dia sehari.Kalau 10x kencing 10x lah tukar.Nak kena bersihkan lantai lainnye,cuci sofa lah,kain tilam lah sebab dia kencing lepas tu duduk merata main sana sini.Tidur masih berpampers.Tolonglah bagi tips.Sy dah stress hari2 bertahun2 jadi macam ni.Anak girl belum sekolah.Nak ajar bebas pampers waktu tidur pon sy tak sanggup takut stress sebab siang hari kena hadap benda ni.

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya tak tahu tip ni sesuai ke tak dgn situasi sis, tp sis boleh try pd ank sis. Saya ada ank asd, umur 4 tahun, bercakap baru pandai bina ayat 4,5 patah perkataan. Setahun yg lps saya dah try potty training ank tp gagal, jd utk jaga emosi saya, sy stop dulu. Now, saya tahu npe tak berjaya sebab therapist ank sy dia highlight ank saya tak settle isu sensory lg. Jd saya try lg tahun ni utk potty training dia sebab dia dah fhm kencing dan berak. Tahun lps, saya lalui dimana ank main najis dia sendiri kesat kt dinding. Saya tak marah tp saya cakap ni kotor, bauu busukk.. Eeee busukk. Tgk ni dinding dah kotor. Jd lme2 dia fhm yg ni kotor, bukan mainan. Mmg ambil masa nk bg ank sy fhm. Termasuk laa kencing dlm seluar saya ckp benda yg sama. Ank sy suka jengtolak. Jd spender dia semua ada kartun yg dia suka. Saya ckp kalau abg kencing kt dlm toilet ibu bg reward. Jd setiap kali dia berjaya sy bg reward. Cnth dia suka keropok, so sy bg keropok. Then puji2 dia sikit. Lme2 nnt improved. Reward ni slowly akan berkurang, boleh ganti yg lain mcm selalu peluk dia, selalu ckp kita syg dia. Kita yg besar ni kalau selalu kene marah lame2 down kn. Mcmtu ank kita. Tarik nafas. Cool down. Memang penat tak dinafikan. Once ank berjaya lalui. Mak la paling happy sekecik2 achievement apa ank berjaya buat. Hug sis. Semoga berjaya lalui cabaran ni. Selalu luah kan kt suami. Jgn simpan sendiri.

Baca lagi
1mo ago

Kalau pasal sensory issue,macam mana nak selesaikan tu sis..kena selesaikan masalah sensory dulu ye?Kalau bab geli busuk kotor sy dah pernah buat tapi dia tak peduli.Bab puji pon dah.Mungkin sy kena try bagi reward yang betul2 menarik minat dia dan pelbagaikan reward tiap hari.Terima kasih sis sudi tulis panjang2 bagi tips.Appreciate it 🫂❤️

Malam kena cerai pampers jgk tu.. Pakai alas waterproof, suruh tdo atas toto ke.. Sbelum tdo jgn bg air atau susu.. Btw ank sis normal atau istimewa(tny sekadar nak tahu), sorry to say tp anak sy mmg sy rotan kaki.. Bukan mendera rotan sampai berbirat, sekali hayun cukup. Lepas tu sy explain dkt anak, skali mntk maaf..ajak dia cuci sekali ke.. Hmm nak bg tips lebih2 xtahu jgk ank sis mcm mane, mgkn tgh fasa 'telinga sekadar hiasan'..

Baca lagi

sama dgn ank sy girl 4y.. tp dia jns geli klau basah.. masa potty train elok je ckp nk kencing.. bila dh lama2 xnk masuk toilet..dia tahan kencing..bila tnya xnk kencing.. tau2 nt terbabas je.. mrh pon dia asyik ckp sory mami.. tkt jgk lama2 nt jd mcm ni smpai basah pon xnk bgtau..buntu rasa sy pon tau awk mst hangin 1 bdn kn.. ntah knp dia tahan2 xmau masuk toilet..bila ajk ngs2 ckp xnk kencing lg..

Baca lagi

Minta suami yg handle. Selalu ank jd takut bila ayah garang. Kalau suami xnk tlg, minta suami belikan diapers utk anak smpai ke sudah 😂😂

TapFluencer

Check: 1. anak ada ketakutan dgn tempat/ orang? 2. Bagaimana daya focus anak?

Baca lagi
1mo ago

1. Dah settled, InsyaAllah. 2. Focus ni 1 hal juga dlm potty training. Kadang dia syok bermain buat aktiviti dia suka, dia tak endah pertanyaan kita nak kencing / berak.