Irregular period@Period tak teratur TTCIANs
Kepada Ttcians irregular period yang dah berjaya hamil, boleh share tak apa u alls consume , atau ikhtiar.. contoh mcm berurut, amalkan jus ka mcm tu..

boleh baca sharing post dr fb doctor imelda balchin pakar o&g. “Doktor, doktor.......saya dah lima tahun trying to conceive, tapi belum ada rezeki.” Haid Puan macam mana? Ada datang haid setiap bulan? “Ya doktor, haid saya regular, setiap bulan datang.” Ada makan ubat-ubat apa-apa tak? Saya nak tau, semua jenis ubat-ubat yang Puan ambil. “Saya ambil folic acid dan ubat untuk haid saja.” Ubat untuk haid? Ubat apa tu? “Saya beli dari internet, ubat yang sama dengan yang kawan saya ambil, untuk kitaran haid yang tak menentu. Dulu haid saya tak regular doktor, sekarang saya makan ubat ni, memang dah regular. Memang betul kawan saya kata bagus ubat ni.” Berapa lama dah makan ubat ni? “Dah beberapa tahun doktor.” Mai tunjuk ubat apa, bawak tak ubat tu? “Yang ini doktor.” Laaaaaaaa ini pil perancang keluarga!!! Kenapa beli ubat sendiri. Jangan makan ubat yang kawan Puan makan sebab apa yang sesuai untuk kawan Puan tidak semestinya sesuai untuk Puan. Kawan Puan bukan trying to conceive kaaan. Lain kali datang jumpa doktor dulu sebelum beli ubat-ubat sendiri naaaaa. Sekarang boleh berhenti makan pil perancang keluarga ni. Tak payah buat apa-apa ujian-ujian kesuburan naaaaa. Berhenti saja makan ubat ni. Kalau Puan masih tak hamil lagi dalam masa 6 bulan, sila bawa suami dan kita jumpa lagi di klinik. ——————————————————————— Tiga bulan selepas tu patient datang balik ke klinik. Dah mengandung. Hooray 😄 Kesimpulannya: Jangan beli ubat-ubat sendiri tanpa nasihat doktor. Apa yang sesuai untuk seseorang individu tidak semestinya sesuai untuk anda.
Baca lagi