🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!

Kami sedang mencari 1 orang pemenang bertuah untuk membawa pulang Babyhood Bassinette Grey & Nappy Bin!! Anda rasa anda layak? Cepat, sertai di sini: https://community.theasianparent.com/contest/cari-menang-bersama-tap/1675?lng=en

🤩 JOM Menang Produk Babyhood Bernilai RM1,028! Sertai Hari Ini, Parents!
88 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Cara mengatasi bayi menangis di tempat tidur: Puting Memberikan puting kosong mungkin membantu bayi yang gemar menghisap puting. Ia boleh dianggap sebagai alat penenang bagi si manja. Biasanya selepas berusia 7 bulan, si kecil akan hilang rasa kebergantungan kepada puting ini. Namun menurut pakar, jika mereka bergantung lebih lama untuk memberikan keselesaan ketika tidur, ia masih tidak akan menjejaskan tumbesaran mereka. Sentuhan lembut Untuk menenangkan bayi menangis, melakukan sentuhan lembut kulit-ke-kulit mungkin cara yang terbaik. Berikan sentuhan pada belakang badan si manja sehingga anda yakin mereka sudah dapat tidur dengan nyenyak Mendodoikannya Apabila berdepan situasi bayi menangis ketika tidur, dukung dan dakap si manja dekat dengan badan anda. Cuba untuk dodoikan mereka dengan pergerakan ulang-alik seperti ke depan dan ke belakang secara perlahan. Anda juga boleh memilih untuk meletakkan si manja dalam rocking chair. Pergerakan yang berlaku akan dapat memberikan ketenangan kepada si kecil. Selimutkan si manja Rahim bukanlah tempat yang luas dan bayi anda mungkin sudah terbiasa dengan sesuatu yang membaluti badan mereka. Itu sebabnya si manja tampak lebih selesa apabila mereka berada dekat dengan anda. Jadi cuba berikannya selimut atau bantal kecil untuk membantunya berasa lebih selesa. Suhu Perubahan suhu boleh membuatkan bayi berasa panas atau sejuk dan kesannya bayi menangis ketika tidur. Jadi anda perlu memastikan suhu bilik berada pada tahap yang sesuai untuk mereka. Ini terutamanya apabila berlaku perubahan cuaca. Jika keadaan tempat tinggal anda beriklim sejuk, pastikan anda memakaikan beberapa lapisan pada si manja bagi mengekalkan rasa hangat pada mereka. Sedikit bunyi Tahukah anda bahawa keadaan dalam rahim bukanlah sunyi? Bayi anda akan mendengar pelbagai bunyi seperti bunyi perut anda yang sedang lapar. Maka keadaan sunyi adakalanya boleh menyebabkan si kecil berasa tidak selesa. Dodoikan si kecil sambil membuat bunyi seperti hush hush hush, yang perlahan. Bunyi alam Anda juga boleh memainkan bunyi seperti ombak di pantai, bunyi air terjun atau hujan yang perlahan untuk menenangkan bayi menangis

Baca lagi