Baby High Need

KakLis baru tau wujud term 'high need baby'. Baby jenis ni special sikit. 1. Dukung diam. Letak terus meraung. 2. Nak ibu sahaja. Orang lain taknak. Kalau baring pun takmo lama, tu pun ibu kena ada sekali. Sekejap-sekejap orang lain tu bole la (termasuk bapak sendiri). Lama, meraung. 3. Sekali nangis macam kena dera bunyinya. 4. Kerap menyusu lebih dari baby biasa. Boleh kata tiap masa nak susu. 5. Bila menyusu lama. Baby biasa menyusu 5 minit. Dia 30-45 minit. Fuhh. 6. Dia tak sakit. Dia kenyang. Pampers dia tukar banyak kali dah. Berak pun okay. Cuma dia memang suka bertepek ngan ibu. 7. Dia tido tak lama sebab telinga dia super sensitif. Bunyi plastik pun boleh buat dia terjaga. Dah jaga tu pusing kanan pusing kiri ibu takde terus je stat enjin meraung. Haha. 8. Kalau dia panggil jangan lambat datang ambil dia. Uishh kemain dia akan marah tau. 9. Ibu dia akan extra tired. Seriyes. KakLis pernah dengar anak orang asyik nak dukung. Ingatkan sebab ibunya 'melayan' tu anak jadi macam tu. Rupanya KakLis silap. Baby jenis ni bukan sebab masalah 'parenting'. Tapi rupanya personality baby tu sendiri. Wow. Unik kan. Untuk high need baby ni dari dalam pantang dah macam tu. Bukan sebab dibiasakan ibunya. Ada yang kata hati kena keras sikit bagi anak tu paham. Biar je dia nangis jangan angkat. Untuk high need baby tak boleh. Kesian beb. Nangis sampai merah muka. Nangis lama pun tak bagus baby akan kembung. Lagi dia sakit. Bila KakLis dapat #BabyMusa baru KakLis tau ada baby jenis ni. Puasla meng'gugel'. 4 anak sebelum takde camni. Abahnya dok tanya kenapa Musa macam ni. Kadang kami mati kutu dok cari punca awat dia nangis n asik nak dukung. Rupanya dia high need. Ia bukanlah satu benda buruk. Lain anak lain gaya dan cara. In some ways seronok bila tau dia macam loveee sangat kat Umi dia ni. Asik nak Umi ??? In other way, Umi dia memang extra tired ? Syukurlah keje rumah anak-anak n Abahnya banyak tolong. Cuma time masak kadang terpaksa berhenti banyak kali. Buat apa-apa keje kena extra laju. Makan pun laju. Huhuu. So mommy yang ada baby camni, bertabahlah. Enjoy every moment dengan baby kita okay. Bila penat tengok muka baby. Tengok dia senyum, buat ubat. #BabyMusa2Months #LisaSara #MakAnak5 kredit : Facebook Lisa Sara

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

good info