Baby High Need

KakLis baru tau wujud term 'high need baby'. Baby jenis ni special sikit. 1. Dukung diam. Letak terus meraung. 2. Nak ibu sahaja. Orang lain taknak. Kalau baring pun takmo lama, tu pun ibu kena ada sekali. Sekejap-sekejap orang lain tu bole la (termasuk bapak sendiri). Lama, meraung. 3. Sekali nangis macam kena dera bunyinya. 4. Kerap menyusu lebih dari baby biasa. Boleh kata tiap masa nak susu. 5. Bila menyusu lama. Baby biasa menyusu 5 minit. Dia 30-45 minit. Fuhh. 6. Dia tak sakit. Dia kenyang. Pampers dia tukar banyak kali dah. Berak pun okay. Cuma dia memang suka bertepek ngan ibu. 7. Dia tido tak lama sebab telinga dia super sensitif. Bunyi plastik pun boleh buat dia terjaga. Dah jaga tu pusing kanan pusing kiri ibu takde terus je stat enjin meraung. Haha. 8. Kalau dia panggil jangan lambat datang ambil dia. Uishh kemain dia akan marah tau. 9. Ibu dia akan extra tired. Seriyes. KakLis pernah dengar anak orang asyik nak dukung. Ingatkan sebab ibunya 'melayan' tu anak jadi macam tu. Rupanya KakLis silap. Baby jenis ni bukan sebab masalah 'parenting'. Tapi rupanya personality baby tu sendiri. Wow. Unik kan. Untuk high need baby ni dari dalam pantang dah macam tu. Bukan sebab dibiasakan ibunya. Ada yang kata hati kena keras sikit bagi anak tu paham. Biar je dia nangis jangan angkat. Untuk high need baby tak boleh. Kesian beb. Nangis sampai merah muka. Nangis lama pun tak bagus baby akan kembung. Lagi dia sakit. Bila KakLis dapat #BabyMusa baru KakLis tau ada baby jenis ni. Puasla meng'gugel'. 4 anak sebelum takde camni. Abahnya dok tanya kenapa Musa macam ni. Kadang kami mati kutu dok cari punca awat dia nangis n asik nak dukung. Rupanya dia high need. Ia bukanlah satu benda buruk. Lain anak lain gaya dan cara. In some ways seronok bila tau dia macam loveee sangat kat Umi dia ni. Asik nak Umi ??? In other way, Umi dia memang extra tired ? Syukurlah keje rumah anak-anak n Abahnya banyak tolong. Cuma time masak kadang terpaksa berhenti banyak kali. Buat apa-apa keje kena extra laju. Makan pun laju. Huhuu. So mommy yang ada baby camni, bertabahlah. Enjoy every moment dengan baby kita okay. Bila penat tengok muka baby. Tengok dia senyum, buat ubat. #BabyMusa2Months #LisaSara #MakAnak5 kredit : Facebook Lisa Sara

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hhaha anak sy cmni! dlm pntang org kata bosan baby asyik tido je.. bby sy asyik berjga, nangis nk susu. kencing berak smua ok.. penat sgt jaga dia.. sy mkn pn slalu skip lunch sbb x smpt lngsung nk mkn.. dia tidur kjp2.. pstu bgun nangis nk kita. skrg ni nk msuk 4buln sy dh get used, n baby pn mcm dh sikit2 kurg nangis dh klu duk sorg2.. dia lbih hiraukn tgn dia je. nk main ngan tgn. hehe sy pn dh sempat mkn lunch. tp nnt buln feb nk mula krj blik.. tak tahu la mcm mne kt nursery nnt. doakn moga semua dimudhkan ya. Moga anak puan pn mkin besar, makin mudah diurus nnt. 😊

Baca lagi
TapFluencer

Anak kedua sy mcm ni..perempuan.. baru umur sebulan lebih nak masuk 2 bulan dah..cuma dia takda kerap nangis..tapi nak menempel ajee..kalau nak dia tido lama, kena peluk or baring sebelah dia..baru lar lame tido..abang dua dulu independent sgt..tido sendiri..malam sng tdo..tp yg kedua ni mmg lain dr yg lain..bab kene express semua tu mmg betul. Makan,mandi semua express or shortcut..hehehe..so to people out there, dont judge okaayy..hihihi..

Baca lagi

Saya ada sorang. Anak sulong. Sampai sekarang nak kita tido dengan dia je.. 4 year.. Nak kita hadap dia je.. Mana2 nak gi kita kena ada.. Tapi dia caring n baik je sebenarnya.. Kalau kita takde dia pandai bawak diri.. Sebab saya 3 bulan sekali check in hospital utk transfused darah.. So dia akan tinggal dengan sapa yg ada je.. And tak banyak songeh.. Tido sorang kalau ayah dia takde.. Kesian pulak kat dia 😘

Baca lagi

Sama la anak saya hight need.. Ank first plak tu..mau nk meroyan masa pantang dlu.. Dari lahir buka mata je nangis memanjang.. Diam ketika tido je.tido ayam2, ingat dh tido kite gerak kjp je dia boleh buka mata besar2 🤦‍♀️kalau terjaga dari tido pastikan mak dia ada.. Klu x nmpk Sape2 dia akn buat konsert😂skrg dh 2bulan..alhamdulillah ok sikit dh.. Kurang nangis. Setiap ank tu x sama.

Baca lagi

Ouhh yeke. Hahah serius baru tau. So anak kite ni kategori ni laa ye. No wonder laa pun perangai dia mcmtu. Ingtkn mengada lebih rupanya dia special. Allahuakbar, rasa bersalah pulak sbb kadang marahkn dia smpi kite sendiri merajuk tknk kawan dgn dia😂anyway thanks for info sis. Sgtsgt membantu

Anak sulung saya dia tak kisah kalau tak dukung sebab memang tak ajar berdukung sgt. Tapi memang kuat sangat menyusu. Kalau menyusu memang lama 1jam. Berkepit je. Dengan org memang tak nak langsung sampai LA umur 3tahun lebih dan dapat adik baru LA nak dengan org.

Sama lah kita.. Tapi nak masuk 4 bulan macam okay sikit.. Untuk 3bulan pertama sejak lahir tu paroh dia lain macham sikit.. Sumpah hampir pernah putus asa.. Then banyak membaca n dapat info dr yg pengalaman, saya boleh handle.. Baby girl dan anak sulong.

Sama sgt dgn my baby girl. 1st child Ni. Pantang pn sorang2. Dgn kuning dia tinggi ngam2 sebulan baru turun 4.7 dia myusu sejam skli 24/7 tu. Setiap kali nyusu setengah jam! Msk simple2 mkn laju2 sblm dia bgun mengamuk

Allahuuuuu.... 😥 moga mommy terus sihat dan kuat yew mommy...harap bby musa cepat bijak dan mengerti... اأامين يررببل الامينن

Baby sy xda mcm ne. Cuma tu je la, time mlm mmg kerap bgn. Siang dia tido lama. Tetap penat gak sbb siang kena wat keje lain wlpn dia tgh tido.