Cara Naikkan Berat Badan Anak, Berat Badan Ideal: Topik ATE Minggu Ini!

🥳 Jom ajukan soalan anda di ruangan post ini dan produk PERCUMA menanti 3 pengguna bertuah! Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist, Pantai Hospital Ayer Keroh 📰 Topik: Berat Badan Anak: Cara Meningkatkan, Berat Badan Ideal, dll 🗓️ Tarikh: 19 Oktober 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Cara Naikkan Berat Badan Anak, Berat Badan Ideal: Topik ATE Minggu Ini!
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hello hai. doktor, saya punya anak nombor 2 umur 4 tahun berat badan dia kurang dari 20kg dan doktor pernah cakap tak sesuai dengan umurnya boleh doktor bantu saya bagaimana untuk meningkatkan selera makan nye ape yg badan ia perlukan?

2y ago

Pastikan anak mempunyai masa yang cukup untuk activity fizikal. Sekiranya anak selalu tengok handphone atau tengok TV anak tentu tidak akan menggunakan banyak kalori dan anak tidak berasa lapar. 2. Pastikan masa makanan tetap setiap hari. Mesti ada schedule dan bukan biarkan anak makan bila bila masa yang dia nak. 3. Jangan memberikan anak makan jajan in between meals sebab nanti anak akan kenyang dan tidak makan main meals 4. Hidangkan makanan yang lebih tinggi dalam kalori seperti cheese, kentang, peanut butter, avocado dan lain lain Adakah anggota keluarga semua kurus? Mungkin ada peranan genetik juga sekiranya berat tidak naik. Tetapi lebih baik untuk tengok doktor untuk memastikan tidak ada masalah kesihatan yang lain