Livia Chow profile icon
BronzeBronze

Livia Chow, Malaysia

My Orders
Posts(8)
Replies(0)
Articles(0)

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling, Pantai Hospital Ayer Keroh

Hi Semua! Bila bercakap pasal vaksin bayi, mesti ramai yang ada pendapat masing-masing bukan? Ada juga ibu bapa yang takut untuk memberi vaksin kepada si comelkan? Tahukah anda kenapa bayi baru lahir perlu di vaksin? Anda pernah tak fikir tak apa akan terjadi jika kita tidak memberi vaksin? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda mengenai kepentingan vaksin pada bayi yang baru lahir bersama saya, Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paeditrician & Neonatologist MBBS (IMU), MRCPCH (UK), Fellowship in Neonatology (Mal), Pantai Hospital Ayer Keroh pada 27 Oktober 2022, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. --------------------------------------------------------------------- Ringkasan Sesi Tanya Pakar Mengenai Kepentingan Vaksin Bayi Baru Lahir Soalan 1: Adakah perlu untuk mengambil vaksin tambahan dari swasta yang tidak disediakan oleh kerajaan? Jawapan: Selain daripada vaksin dalam National Immunization Schedule Malaysia, ada juga vaksin yang hanya diberi di klinik atau hospital swasta. Memang digalakkan mendapat vaksin optional sebab vaksin optional boleh memberi perlindungan kepada penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin contohnya influenza, rotavirus, chickenpox dan lain lain. Soalan 2:Jika selepas divaksin timbul ruam pada bayi, adakah bayi alahan pada vaksin tersebut? Perlukah dibawa ke hospital untuk rawatan? Jawapan: Sekiranya timbul ruam selepas vaksin, lebih baik membawa anak ke klinik untuk diperiksa sama ada ruam Itu memang disebabkan oleh vaksin atau tidak. Pada masa yang sama doktor Boleh memeriksa sama ada anak ada tanda-tanda alahan yang lain seperti sesak nafas. Soalan 3: Apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa jika terdapat kesan pada bayi selepas divaksin? Contohnya demam Jawapan: Sekiranya anak demam lepas vaksin, kalau demam tak tinggi, boleh pantau keadaan tanpa beri ubat demam. Tetapi, kalau demam sangat tinggi contohnya melebihi 38 celcius, boleh beri ubat demam. Biasanya demam akan surut dalam masa 24-48 jam. Pastikan anak minum macam biasa. Di sini kami kongsikan antara 3 soalan yang kerap menjadi tanda tanya kepada semua ibu bapa. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, boleh baca komen di bawah :)

Read more
Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Livia Chow Huey Ling,  Pantai Hospital Ayer Keroh
undefined profile icon
Write a reply