Cara Naikkan Berat Badan Anak, Berat Badan Ideal: Topik ATE Minggu Ini!

🥳 Jom ajukan soalan anda di ruangan post ini dan produk PERCUMA menanti 3 pengguna bertuah! Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr Livia Chow Huey Ling, Consultant Paediatrician & Neonatologist, Pantai Hospital Ayer Keroh 📰 Topik: Berat Badan Anak: Cara Meningkatkan, Berat Badan Ideal, dll 🗓️ Tarikh: 19 Oktober 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Cara Naikkan Berat Badan Anak, Berat Badan Ideal: Topik ATE Minggu Ini!
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

hi, anak saya 8 bulan dan berat dia 7kg.. it is normal? sbb ank sy x banyak makan.. dia suka makan tp sedikit.. perlu ke saya kerap kan bg makan klu mcm tu? suggestion gap brape lama? 2. Makanan apa yg naik kan berat badan?

2y ago

1. 'normal' weight depends on many factors contohmya jantina anak, sama ada anak lahir cukup bulan. Kita juga tidak boleh pinpoint satu berat at one age. Kita perlu tengok serial measurement termasuk panjang bayi untuk conclusion sama ada berat badan anak memuaskan atau tidak. Sekiranya anda bimbang, sila basa anak ke doctor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. 2. Cheese, susu, telur, olive oil, kentang, avocado adalah contoh makanan yang lebih tinggi kalori