Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar

Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ida Lilywaty Md Latar Obstetrics And Gynaecology (O&G), Pantai Hospital Cheras. 📰 Topik: Tanda Amaran Bagi Pergerakan/Tendangan Bayi Ketika Hamil 🗓️ Tarikh: 7 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Assalamualaikum Doktor, Saya sekarang sudah 30 minggu mengandung, Alhamdulillah baby aktif. 1. Saya selalu tidur mengiring sebelah kiri, tengah malam selalunya baby akan menendang dengan kuat, adakah baby tidak selesa dengan cara tidur saya? 2. Baby selalunya menendang kuat sehingga saya berasa ngilu dan sakit, apakah baby dalam keadaan tidak ok? 3. Sekiranya usia kandungan memasuki 34 minggu dan tendangan baby berkurang dan tidak kuat, adakah kerana ruang semakin sempit disebabkan baby telah memenuhi ruang?

Baca lagi