Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar

Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ida Lilywaty Md Latar Obstetrics And Gynaecology (O&G), Pantai Hospital Cheras. 📰 Topik: Tanda Amaran Bagi Pergerakan/Tendangan Bayi Ketika Hamil 🗓️ Tarikh: 7 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Dr Ida, Soalan saya ini mungkin tidak berkaitan, sudilah kiranya Dr boleh menjawabnya. Saya ada sejarah Recurrent Miscarriage 3x sebelum ni, kemudian 4th pregnancy saya disarankan mengambil ubat aspirin sepanjang kehamilan. Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan. Soalan saya, untuk next pregnancy kebiasaannya perlu atau tak ambil aspirin lagi? Terima kasih Dr Ida.

Baca lagi

Assalamualaikum Dr.. Usia kandungan sy 23 nk minggu. Dalam minggu ni sy sibuk uruskan ibu sy yg sakit yg baru saja keluar dari hospital akibat sakit jantung. Tp sejak beberapa hari ini anak kandungan sy kurang bergerak seperti biasa. Kaki sebelah kanan sy juga sakit seperti baru lepas bersukan. Adakah perlu sy risau hal ini?

Baca lagi

Salam Dr, saya ada satu soalan. Adakah dikira normal jika tendangan belum ckup 10 dalam tempoh 12jam (9am-9pm) , namun bayi banyak bergerak selepas tempoh 12 jam? Cth jam ke 13-15 bayi banyak bergerak dan baru cukup 10. Adakah ini boleh di ambil kira?

1y ago

Terima kasih Dr

Soalan yang saya nak tanya: 1. Apa tips untuk pastikan bayi kekal aktif sepanjang hari dari segi pemakanan? 2. Adakah jika bayi terlampau aktif (tendangan mungkin lebih dari 10) dikira normal? Ataupun itu juga salah satu petanda yang tidak baik

Baca lagi
1y ago

1) pastukan puan makan pada waktu yang tetap dan sentiasa menjaga tahap hidrasi yang baik. 2) Normal sekiranya bayi aktif daripada biasa.

Hello doktor, Boleh saya tahu selain daripada tendangan bayi kurang dari 10 dalam satu hari, apa lagi tanda-tanda amaran yang perlu ibu-ibu hamil waspada untuk menandakan ianya perlukan rawatan segera.

1y ago

Hi Puan, Sekiranya tendangan kurang dari 10 dalam sehari puan perlu mendapatkan pemeriksaan di klinik yang berdekatan

sy nak tnya jgk,adakah gbs positif nie boleh effect pergerakkan bayi / tendangan bayi. mksdnya bayi kurang kick tp lbh kpda mgeras/ mmusing bdn nya. adakah normal ??

Hello doktor, Saya ada masalah nak kira tendangan bayi. Selalunya tendangan atau gerakan macam mana yang dikira bayi itu aktif atau dalam keadaan baik-baik saja?

hi doktor , nak tanya normal ke 40hri luka jahitan belum sembuh sepenuhnya lgi , ada benang yg blum tanggal lgi

Salam Dr.. Sy nak tanya kenapa hidung sy berdarah ketika kandungan masuk usia 7 bulan.. Adakah ia bahaya?

Assalamualaikum Dr Ida, Normal ke 21 week saya hanya rasa kedutan sahaja untuk 2 ke 3 kali sehari?