Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar

Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ida Lilywaty Md Latar Obstetrics And Gynaecology (O&G), Pantai Hospital Cheras. 📰 Topik: Tanda Amaran Bagi Pergerakan/Tendangan Bayi Ketika Hamil 🗓️ Tarikh: 7 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Soalan yang saya nak tanya: 1. Apa tips untuk pastikan bayi kekal aktif sepanjang hari dari segi pemakanan? 2. Adakah jika bayi terlampau aktif (tendangan mungkin lebih dari 10) dikira normal? Ataupun itu juga salah satu petanda yang tidak baik

Baca lagi
2y ago

1) pastukan puan makan pada waktu yang tetap dan sentiasa menjaga tahap hidrasi yang baik. 2) Normal sekiranya bayi aktif daripada biasa.