Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar

Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ida Lilywaty Md Latar Obstetrics And Gynaecology (O&G), Pantai Hospital Cheras. 📰 Topik: Tanda Amaran Bagi Pergerakan/Tendangan Bayi Ketika Hamil 🗓️ Tarikh: 7 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Dr Ida, Saya ada beberapa soalan berkaitan pergerakan bayi ketika hamil. 1. Berapa banyak tendangan bayi yang sihat dalam satu hari? 2. Apakah maksud bila perut seperti mengeras dan terasa penuh dan kembali seperti biasa selepas 2-5 minit. Ini berlaku sekurang kurang nya 1 hari sekali. 3. Apakah yang ibu hamil patut lakukan jika perkara di soalan no 2 berlaku? 4. Adakah makanan yang sejuk, pedas, panas atau manis akan memperngaruhi gerakan bayi? 5. Adakah normal jika bayi tidak bergerak lebih dari 2 jam dan kemudian bergerak seperti biasa? 6. Bagaimana nak membezakan tendangan bayi ataupun hanya gerakan angin / makanan dalam perut? 7. Apa perlu buat jika terasa sakit pada bawah ari ari seperti kedudukan bayi terlalu rendah? 8. Bolehkah ibu hamil tidur dalam posisi terlentang jika ibu mengalami pelvic girdle pain terutama dia bahagian kiri pinggul? 9. Adakah puasa / kurang makan akan memberi kesan kepada gerakan bayi? 10. Apakah activiti yang baik untuk ibu amalkan bagi meningkatkan gerakan atau tendangan bayi. 11. Apakah kesan terhadap bayi jika ibu sering melakukan hubungan intim? 12. Apakah tandanya apabila ibu melakukan activiti seperti naik dan turun tangga, ibu terasa semput dan perut terasa seperti mengeras dan penuh, kemudian kembali seperti biasa selepas berehat? 13. Adakah berat badan ibu yang naik berlebihan dan mendadak akan memberi kesan kepada kandungan? 14. Adakah normal untuk bayi dalam kandungam lebih aktif pada waktu malam berbanding waktu siang? 15. Bolehkah ibu hamil mengurut perut ketika bayi tidak bergerak? 16. Apakah risiko kepada bayi dalam kandungan jika ibu mengalami tekanan darah rendah? 17. Adakah ibu perlu risau jika bayi bergerak terlampau aktif pada satu satu masa dan tidak bergerak langsung pada masa yang lain? 18. Apakah jarak sihat untuk pergerakan bayi?

Baca lagi