Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar

Jom ajukan soalan anda dalam sesi ini yang berlangsung di aplikasi theAsianparent! Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Dr. Ida Lilywaty Md Latar Obstetrics And Gynaecology (O&G), Pantai Hospital Cheras. 📰 Topik: Tanda Amaran Bagi Pergerakan/Tendangan Bayi Ketika Hamil 🗓️ Tarikh: 7 September 2023 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Ida Lilywaty Md Latar
22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Dr Ida. Saya ada beberapa persoalan: 1) Usia kandungan saya kini 26 minggu. Saya baru mula tahu macam mana rasa tendangan bayi. Tapi, ada hari yang kalau saya agak banyak aktiviti dan kepenatan, saya perasan bayi tak bergerak. Setelah saya rehat, baru dia mula bergerak kembali. Adakah itu normal? Sebab kadang-kadang risau bila tak rasa tendangan bayi. 2) Bagaimana saya nak tahu jika bayi tidak bergerak dalam tempoh berapa lama, saya perlu ke kecemasan? 3) Adakah benar info yang mengatakan makanan tertentu seperti ais, benda manis ini boleh merangsang pergerakan bayi?

Baca lagi
2y ago

Ouh..faham2. Baik2. Terima kasih Dr Ida🥰