22 Balas
Assalamualaikum Dr Ida, Saya ada beberapa soalan berkaitan pergerakan bayi ketika hamil. 1. Berapa banyak tendangan bayi yang sihat dalam satu hari? 2. Apakah maksud bila perut seperti mengeras dan terasa penuh dan kembali seperti biasa selepas 2-5 minit. Ini berlaku sekurang kurang nya 1 hari sekali. 3. Apakah yang ibu hamil patut lakukan jika perkara di soalan no 2 berlaku? 4. Adakah makanan yang sejuk, pedas, panas atau manis akan memperngaruhi gerakan bayi? 5. Adakah normal jika bayi tidak bergerak lebih dari 2 jam dan kemudian bergerak seperti biasa? 6. Bagaimana nak membezakan tendangan bayi ataupun hanya gerakan angin / makanan dalam perut? 7. Apa perlu buat jika terasa sakit pada bawah ari ari seperti kedudukan bayi terlalu rendah? 8. Bolehkah ibu hamil tidur dalam posisi terlentang jika ibu mengalami pelvic girdle pain terutama dia bahagian kiri pinggul? 9. Adakah puasa / kurang makan akan memberi kesan kepada gerakan bayi? 10. Apakah activiti yang baik untuk ibu amalkan bagi meningkatkan gerakan atau tendangan bayi. 11. Apakah kesan terhadap bayi jika ibu sering melakukan hubungan intim? 12. Apakah tandanya apabila ibu melakukan activiti seperti naik dan turun tangga, ibu terasa semput dan perut terasa seperti mengeras dan penuh, kemudian kembali seperti biasa selepas berehat? 13. Adakah berat badan ibu yang naik berlebihan dan mendadak akan memberi kesan kepada kandungan? 14. Adakah normal untuk bayi dalam kandungam lebih aktif pada waktu malam berbanding waktu siang? 15. Bolehkah ibu hamil mengurut perut ketika bayi tidak bergerak? 16. Apakah risiko kepada bayi dalam kandungan jika ibu mengalami tekanan darah rendah? 17. Adakah ibu perlu risau jika bayi bergerak terlampau aktif pada satu satu masa dan tidak bergerak langsung pada masa yang lain? 18. Apakah jarak sihat untuk pergerakan bayi?
Assalamualaikum Dr Ida Lilywaty sy ingin bertanyakan beberapa soalan. 1.Apa perlu buat jika terlupa kira gerakan bayi? 2.Adakah jumlah air ketuban yang sedikit boleh mempengaruhi gerakan bayi dalam kandungan? 3.Adakah berpuasa dapat mempengaruhi kiraan tepat gerakan bayi dalam kandungan? 4.Ada sebahagian dari ibu hamil yang tidak mengamalkan cara hidup sihat cth merokok/minum alkohol.Apakah kiraan untuk pergerakkan bayi dalam kandungan berbeza bagi kes sebegini? 5.Bagi kes bayi yg bermasalah(istimewa) sejak dari dalam kandungan apakah gerakan dalam kandungan berbeza dengan bayi yg normal? 6.Dan apakah kedudukan uri juga faktor kepada kurangnya rasa sensitif bagi ibu merasa pergerakan bayi dlm kandungan? 7.Bagi ibu yang mungkin bekerja terutama kerja yang memerlukan banyak pergerakan.Adakah ibu perlu bimbang jika tidak dapat merekodkan 10 pergerakan bayi dalam kandungan untuk ditanda pada buku kehamilan? 8.Mungkinkah berat bayi dlm kandungan mempengaruhi pergerakkannya juga? 9.Adakah ibu perlu bimbang jika pergerakkan bayi dalam kandungan lebih daripada biasa? 10.Sesetengah wanita hamil mengalami alahan dan muntah yang teruk sehingga menyebabkan kurang selera untuk makan dan minum.Jika hal ini berlarutan dan mempengaruhi gerakan bayi dlm kandungan apa yang harus dilakukan? 11.Bagi ibu hamil yang mengalami sakit kronik seperti buah pinggang,darah tinggi dll.Tidakkah ianya menjejaskan pergerakan bayi dalam kandungan terutama jika ibu perlu mengambil ubat-ubatan/rawatan yg perlu untuk rawat sakit tersebut? 12.Dan adakah seks ketika hamil juga mempengaruhi gerakan bayi dalam kandungan?
salam Dr Ida, boleh sy bertanya beberapa soalan? 1. Macam mana cara yg betul nk kira tendangan bayi? cth dlm masa 5 minit baby mmg byk bergerak, adakah setiap gerakan itu dikira atau hanya kira 1 shj? 2. Adakah menjadi keperluan bg ibu mengandung, fetal doppler utk cek jantung bayi mcm yg dijual dipasaran tu? 3. Adakah ibu minum ubat batuk boleh menyebabkan bayi kurang gerakan? 4. Tendangan macam mana yg perlu mommy alert utk terus ke hospital? 5. Berapa bulan usia kandungan ibu mengandung perlu mommy alert pergerakan bayi? sebab ada yg bersalin premature. 6. Adakah perlu ibu alert pergerakan bayi even selepas waktu 9pg-9mlm(spt dlm procedure buku pink)? 7. Bayi agak relax wktu mlm, perlukah ibu segera pergi ke hospital? 8. Apakah kesan jika ibu sambung tidur pd wktu selepas wktu perkiraan? 9mlm (spt dlm buku pink)? 9. jika ibu2 makan ubat/suppliment luar dr yg diberikan KK spt ubt batuk/dmm atau sakit lain.adakah itu memberi kesan pada bayi & menyebabkan bayi kurang bergerak? 10. Sy sering risau tidak dpt nk pantau pergerakan bayi ketika tidur, perlukah sy risau?
thank u so much doctor.. akhirnye terjawab soalan yg membelenggu diri sy ni
Assalamualaikum wbt Dr. Ida Lilywaty Saya ada beberapa soalan.. 1. Untuk kandungn kalini saya rasa tersangat kerap baby menendang/ pergerakan bby dari awal kandungan. Bagaimana ingin bezakan ia tendangan atau pergerakan bby dengan baby sedu sedu.. 2. Apa punca bby sedu dlm perut. Bahaya tak. 3. Adakah posisi baring ibu mempengaruhi pergerakan bby dalam perut..? 4. Saya ada masalah kencing kotor. Dah makan antibiotics. Masih Kadang kencing sedikit, tak lawas. Adakah saya perlu ke Klinik utk check buah pinggang atau check susulan. 5. Kencing Kotor boleh menyebabkan sakit pinggang. Sakit sebelah pinggang kanan. 6. Pesakit thyroid tanpa ubat adakah mempengaruhi tendangan/pergerakan bby dalam perut. 7. Bagaimana ingin tahu kandungn sihat atau ada masalah lainnya. 8. Adakah Emosi ibu mempengaruhi pergerakan bby. 9. Adakah pemakanan ibu mempengaruhi pergerakan bby. 👉Makan pedas, Manis, masam atau sebagainya. 10. Bby menendang dgn sentuhan ibu, suara kuat ibu adakah tanda emosi bby dlm perut.
Assalamualaikum Dr. Ida. Saya sekarang 33 weeks & so far Alhamdulillah tak ada masalah dengan kiraan baby’s kick. Cuma ada beberapa soalan dalam kepala ni yang tak terjawab 😆 1. Bagaimana cara yang betul kira baby’s kick ni sebenarnya? Saya ada tengok dekat tiktok, dia kata her doc said kira 1 tendangan & tendangan seterusnya dengan beza 15mins. Bila saya tanya pada nurse KK, dia pulak kata baby ni bukan robot nak set berapa masa minit apa semua. Setiap kali dia gerak kuat, dikira 1 tendangan. Tak kisah la tendangan seterusnya berapa minit selepas tu. 2. Baby pernah 2jam tak kick langsung. Dia cuma gerak halus halus je. Saya try minum air sejuk, makan manis & selepas tu baru dia kick kuat. Adakah ini normal? 3. Boleh saya tahu max berapa jam kalau baby tak kick kuat untuk saya alert? 4. Sekarang start 5am sampai ke petang baby bergerak kuat. Saya perlu risau ke situasi macam ni? Saya sampai terfikir adakah baby tengah stress? 😅
5) tidak perlu risau sekiranya bayi sangat active. He/she is enjoying times dalam rahim Puan:D. Enjoy your pregnancy and motherhood
Salam Dr Ida Lilywaty Md Latar, Saya ada beberapa soalan 1. Jika ibu berpuasa adakah menyebabkan bayi kurang bergerak? 2. Adakah normal bayi kurang bergerak waktu pagi , namun waktu malam bayi aktif bergerak . 3. Mengapa semakin bertambah usia kandungan semakin kurang pergerakan bayi / tendangan bayi dalam kandungan. 4. Mengapa kandungan mengeras dan bayi kurang bergerak? 5. Apa perlu buat jika terlupa kira gerakan bayi? 6.Apakah risiko jika bayi kurang bergerak? 7. Adakah betul kandungan yang kurang bergerak akan melahirkan bayi pramatang? / tidak cukup bulan? 8. Jika si ibu dalam keadaan emosi terganggu (stress) , adakah ini salah satu memyebabkan bayi kurang bergerak? 9. Apa yang perlu dilakukan jika bayi kurang bergerak?
Assalamualaikum Dr Ida. Saya ada beberapa persoalan: 1) Usia kandungan saya kini 26 minggu. Saya baru mula tahu macam mana rasa tendangan bayi. Tapi, ada hari yang kalau saya agak banyak aktiviti dan kepenatan, saya perasan bayi tak bergerak. Setelah saya rehat, baru dia mula bergerak kembali. Adakah itu normal? Sebab kadang-kadang risau bila tak rasa tendangan bayi. 2) Bagaimana saya nak tahu jika bayi tidak bergerak dalam tempoh berapa lama, saya perlu ke kecemasan? 3) Adakah benar info yang mengatakan makanan tertentu seperti ais, benda manis ini boleh merangsang pergerakan bayi?
Ouh..faham2. Baik2. Terima kasih Dr Ida🥰
Assalamualaikum Doktor, Saya sekarang sudah 30 minggu mengandung, Alhamdulillah baby aktif. 1. Saya selalu tidur mengiring sebelah kiri, tengah malam selalunya baby akan menendang dengan kuat, adakah baby tidak selesa dengan cara tidur saya? 2. Baby selalunya menendang kuat sehingga saya berasa ngilu dan sakit, apakah baby dalam keadaan tidak ok? 3. Sekiranya usia kandungan memasuki 34 minggu dan tendangan baby berkurang dan tidak kuat, adakah kerana ruang semakin sempit disebabkan baby telah memenuhi ruang?
Hi Dr Ida. Saya ada beberapa soalan di bawah. 1. Ada apa apa guidance utk kekerapan tendangan baby? Macam berapa kali dlm sejam / sehari? 2. Berapa kerap boleh saya kira tendangan baby - Kalau dlm masa 5 minit baby tendang beberapa kali, kira sekali saja? 3. Adakah baby akan tendang kurang jika leher dililit oleh tali pusat? Ada cara utk kurangkan risiko leher baby dililit tali pusat, eg Ibu tak boleh terlalu aktif? Thank you doktor.
assalamualaikum doktor, sy nk tnya, normal ke 34w anak lbh kepada mmusing / mngeras berbanding baby aktif dgn tendangan. bila dia tendang dalam stgh jam lama nya. kmudian mlm² pon aktif jea siang kurang aktif sikit. kmudian sy di diagnose ada gbs positif. dah masuk ubat 6mlm. dah mkn antibiotik..adakah risiko akan bersalin awal ? kmudian adakah risiko kepada bayi msa bsalin nnt. kena tahan wad utk on antibiotik..
Ummi Shakira