10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

Hye TAP. Anak sy, Nik Muhammad Aydin Hayyaz berusia 13 hari. Saya ingin memohon bantuan carseat untuk anak sy yg baru saja lahir 6 disember 21 baru ini. Kesan buruk dari pandemik covid 19 telah mengakibatkan saya & suami hilang punca pendapatan. Kami berdua telah dibuang kerja. Khabar gembira menyapa kami awal tahun ni dengan kehadiran insan baru didalam rahim saya. Alhamdulillah. Namun, baby hayyaz lahir lebih awal dari jangkaan. Sy & suami tak mampu sediakan carseat & kebelakangan ni saya kerap membaca berita tentang kematian bayi akibat tidak menggunakan carseat. Sangat merisaukan. Ketika didalam kereta juga, sy hanya mampu memangku baby Hayyaz di riba saya. Terkadang, sy terlelap menyebabkan suami agak risau dengan keadaan Hayyaz. Begitu juga saya 😔 Kami ingin menyediakan sekurang kurangnya 1 carseat untuk Hayyaz, Namun, dengan keadaan ekonomi sekarang, agak mustahil untuk sy & suami membeli 1 carseat untuk baby Hayyaz. 😔 Kempen ini memberi sinar harapan untuk sy & suami sediakan apa yg sepatutnya disediakan untuk baby Hayyaz. Tq TAP. Sy harap rezeki baby Hayyaz terselit antara 1. aamin yra ❤️
Baca lagiTerima kasih TAP, Berjaya Sompo Insurance dan Crolla yang sentiasa peka dan prihatin dalam membantu keluarga yang kurang berkemampuan untuk memiliki Carseat. Saya antara keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan Carseat untuk anak lelaki saya semenjak hero kecil itu lahir sehinggalh ke hari ini. 13.01.2022,genaplah hero kecil saya berumur 2tahun. Saya amat berbesar hati sekiranya menjadi antara keluarga yang bertuah untuk memiliki Carseat bantuan ini sekaligus menjadi hadiah kelahiran buat hero kecil saya. Tidak dinafikan,keselamatan anak di atas jalan raya adalah keutamaan setiap ibubapa. Tetapi disebabkan faktor kewangan yang tidak mencukupi,kami belum mampu untuk menyediakn tahap keselamatan yang terbaik bagi anak kami bila berada di atas jalan raya. Sudah semestinya saya menyertai pertandingan ini dengan harapan agar menjadi antara 10 keluarga TAP yang layak untuk menerima bantuan Carseat. Semoga ada rezeki untuk hero kecil saya,sekaligus memberikan senyuman lega kepada kami sebagai ibu bapa. Terima kasih sekali lagi kepada TAP,Berjaya Sompo Insurance dan Crolla.
Baca lagiHai... Saya mohon untuk anak saya yang bakal menyambut hari lahirnya pada 14.12.21. Jika ada rezki terpilih kiranya hadiah Hari Jadi. Saya merupakan ibu kepada 3 org anak. Dua daripadanya merupakan anak istimewa iaitu berumur 5tahun dan 7tahun (autisme). Saya hanya ada sebuah carseat sahaja dan amat memerlukan sebuah car seat lg. Ini kerana hal urusan anak3 saya yang uruskan. Suami hanya bekerja sorang dan pendapatan hanya cukup makan pakai sehingga hujung bulan. Kami pun jenis yg duduk di rumah sahaja dan jarang keluar bercuti sbb pendapatan suami kecil. Saya berharap saya terpilih untuk memenangi car seat yg super istimewa utk ank saya. Saya percaya Carseat yg bakal dimenangi itu merupakan car seat yg berkualiti, moden serta dijamin selamat dan memenuhi piawaian JPJ. Terima kasih kepada TAP dan Berjaya Sompo kerana mengadakan giveaway yg istimewa ini. Saya tahu pasti ramai ibu bapa mencuba nasib tp andai kata saya terpilih...bersyukur yg teramat sgt🤲🤲... TQ💚❤️
Baca lagiwoww! thank you so much The Asian Parent Malaysia for giving this great carseat to a parent who desperately needs this and at the same time can’t afford to buy it. Yes, I really need this carseat. Now my daughter was just 1 year old last month. Previously she only used the carrier as a baby carseat due to her small body size. Now it's not small anymore ... I remember a few days ago, I had to use the emergency brake while driving to take my child to nursery ... Alhamdulillah, nothing worst happened. Just because now my daughter is getting a little heavy, the carrier can’t hold tightly and because of that, my daughter with her carrier flipped over to the front seat 😭 I was really shocked and traumatized. Now we decided to change her carrier to a carseat for more safety and protection .. But now the time of the pandemic we can't afford to buy in a short time and since every day I have to send her to the nursery, so, her safety is my priority. That’s why I really need this and hope my daughter has a chance to get this ❤️❤️
Baca lagiAssalamualaikum dan selamat pagi Anak berumur 3bulan Hari ini genaplah umur anak saya masuk 3bulan,disini saya ingin mengatakan kesusasahan kepayahan saya bersama suami mencari rezeki menjual air jalanan income kami cukup untuk beli makanan sampai bill-bill semua belum dijelaskan kerana kesusahan yang kami hadapi sekarang ini ya Allah memang teringin nak beli cat seat saya pergi beli pampers anak bersama suami dan tengok harga car seat ,tak cukup wang kami nak beli ,kami saling pandang dan saya rasa sayup je hati tapi hanya Allah yang tahu. suami saya susah saya pon perlu bantu dan saling memahami antara satu sama lain keselamatan anak pon dalam kereta jadi TAK SAFETY saya pegang anak.tidurkan anak pon tak selamat rasa tapi apa boleh buat jika diberi hadiah ini saya rasa saya la orang yang bertuah dan bersyukur sangat2 pada Allah dan yang memberi. harap-harap saya la pemenangnya yang bertuah itu...... "Adik mama tak mampu nak bagi adik car seat .. maafkan ibu ye.. jika rezeki ini milik ibu..kita bersyukur ye...."
Baca lagihai.. saya ibu kepada seorang anak lelaki yang berusia 1 tahun 1 bulan.. dan saya nak hadiahkan kerusi ini untuk anak saya sebab saya akan melahirkan seorang lagi hero dalam tahun depan bulan Mei.. saya amat perlukan carseat ini untuk latih anak saya yang sulung bila dia ada adik yg masih kecil.. dan dapat membantu saya memikirkan masalah lain.. suami saya kerja jnt.. dan baru ini.. syarikat jnt telah mengalami kekangan iaitu terpaksa kurangkan komisyen pekerja... dan suami saya terpaksa kerja Grab pada waktu malam.. kami saling menyokong antara satu sama lain.. agar anak kami dibesarkan dalam keluarga yang harmoni.. untuk tumbesaran yang baik bagi anak saya.. carseat CROLLA.. dapat membantu anak sayaemagami leadaan sekeliling disamping membantu saya menguruskan anak kedua yg bakal dilahirkan.. kerusi CROLLA yang berkualiti mampu memberi keselesaan pada anak saya jika duduk dalam carseat terlalu lama.. dan mengelakkan sebarang kemungkinan jika berlaku kemalangan.. terima kasih asian parents n Crolla..
Baca lagiHai..TAP Saya umie, seorg ibu yang sekarang mempunyai 4 org anak. Anak ke 2 (10 tahun)saya anak istimewa yang menghidapi masalah CP (CEREBRAL PALSY) dia tidak boleh berjalan, Dan duduk pun memerlukan sokongan. Di rumah saya hanya ada 1 car seat yang saya sediakan untuk kemudahan dia. Kini saya memerlukan 1 lg car seat untuk Adik dia yang baru sahaja lahir hujung bulan November hari itu. Saya memerlukan car seat ini kerana kelak si adik akan membesar Dan penjagaan dia didalam kenderaan amat2 penting bagi saya juga. Dalam keadaan ekonomi keluarga saya yang kurang mencukupi akibat drpd pandemic COVID-19 yang mana suami saya diberhentikan kerja dan hanya saya yang bekerja menampung keluarga. Dan pengeluaran pembelanjaan amat2 terbatas untuk saya membeli 1 lg car seat kerana gaji saya tidak mencukupi. Saya berharap ada rezeki saya dan anak saya untuk memiliki car seat daripada giveaway ini. Terima kasih TAP Dan Berjaya Sompo serta Crolla atas anjuran giveaway ini.
Baca lagiSaya sangat memerlukan carseat untuk anak perempuan saya yang berumur 5 tahun kerana saya tiada kemampuan untuk beli carseat .Saya hanyalah seorang surirumah tangga sepenuh masa yang hanya bergantung hidup dengan gaji suami sahaja.Suami saya baru sahaja dapat pekerjaan baru setelah hampir 6 bulan menjadi penganggur.Duit simpanan semua sudah habis digunakan semasa suami saya tidak bekerja selama hampir 6 bulan.Sekarang walaupun suami sudah bekerja kembali gaji suami hanya cukup untuk buat pembelanjaan dapur ,bayar bil elektrik dan juga pembelanjaan persekolahan anak seramai 4 orang. Dulu semasa anak saya kecil dalam umur dua tahun saya pernah menang carseat tapi sedih carsaet itu sudah tidak dapat digunakan lagi sebab tak muat untuk anak saya yang semakin membesar. Semoga ada terselit rezeki untuk anak saya untuk menang carseat. Akhir sekali terima kasih kepada semua penganjur yang dermawan semoga bisnes anda semua terus maju dan sukses selalu,aamiin.
Baca lagihai TAP… saya seorang bakal ibu bakal yang melahirkan anak sulong pada bulan februari tahun hadapan. saya sangat teringin memenangi carseat untuk bakal anak sulong saya ini. semoga ada rezeki untuk anak saya. sepanjang penantian zuriat yang saya miliki sekarang, tidak lekang saya untuk mengikuti perkembangan TAP tips untuk bergelar ibu dan ayah. alhamdulillah dengan kesungguhan dan kesabaran dan tipa tunjuk ajar dari TAP. kami diberikan zuriat yang sihat sepanjang mengandungkan baby. sepanjang masa ada kelapangan sememangnya saya akan buka aplikasi TAP untuk mengetahui perkembangan terbaru anak dalam kandungan dan ianya sangat menarik dan bermanfaat keperluan penting selepas melahirkan anak adalah salah satunya carseat untuk memudahkan saya untuk membawa anak saya ke pusat pengasuhan anak. dengan carseat ini anya sedikit sebanyak dapat meringankan suami untuk menampung pembelanjaan keperluan ini.
Baca lagiHai TAP, Saya ibu kepada seorang anak lelaki comel yang berusia setahun 3 bulan. Saya seorang suri rumah hanya suami yang berkerja.Saya sangat memerlukan carseat sekarang kerana anak saya sangat lasak di dalam kereta. Penyebab saya belum mampu belikan carseat untuk anak saya kerana sekarang saya dan suami menetap di Sabah atas tuntutan kerja suami. Harga carseat di Sabah agak mahal untuk saya dan suami kerana pendapatan bulanan suami hanya cukup untuk keperluan rumah setiap bulan dan kami juga sedang membuat simpanan sekarang untuk pulang ke semenanjung sementara suami berkursus awal tahun hadapan. Untuk pembelian secara online juga kami masih tidak mampu kerana cas penghantaran juga agak mahal bagi saya dan suami.. Saya sangat berharap agar anak saya bertuah untuk mendapatkan carseat ini.. Semoga rezeki berpihak kepada anak comel saya..Aamiin.. Terima Kasih TAP untuk peluang ini..😊
Baca lagi


