Hye TAP. Anak sy, Nik Muhammad Aydin Hayyaz berusia 13 hari. Saya ingin memohon bantuan carseat untuk anak sy yg baru saja lahir 6 disember 21 baru ini. Kesan buruk dari pandemik covid 19 telah mengakibatkan saya & suami hilang punca pendapatan. Kami berdua telah dibuang kerja. Khabar gembira menyapa kami awal tahun ni dengan kehadiran insan baru didalam rahim saya. Alhamdulillah. Namun, baby hayyaz lahir lebih awal dari jangkaan. Sy & suami tak mampu sediakan carseat & kebelakangan ni saya kerap membaca berita tentang kematian bayi akibat tidak menggunakan carseat. Sangat merisaukan. Ketika didalam kereta juga, sy hanya mampu memangku baby Hayyaz di riba saya. Terkadang, sy terlelap menyebabkan suami agak risau dengan keadaan Hayyaz. Begitu juga saya 😔 Kami ingin menyediakan sekurang kurangnya 1 carseat untuk Hayyaz, Namun, dengan keadaan ekonomi sekarang, agak mustahil untuk sy & suami membeli 1 carseat untuk baby Hayyaz. 😔 Kempen ini memberi sinar harapan untuk sy & suami sediakan apa yg sepatutnya disediakan untuk baby Hayyaz. Tq TAP. Sy harap rezeki baby Hayyaz terselit antara 1. aamin yra ❤️
Baca lagi