10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya sangat memerlukan carseat untuk anak perempuan saya yang berumur 5 tahun kerana saya tiada kemampuan untuk beli carseat .Saya hanyalah seorang surirumah tangga sepenuh masa yang hanya bergantung hidup dengan gaji suami sahaja.Suami saya baru sahaja dapat pekerjaan baru setelah hampir 6 bulan menjadi penganggur.Duit simpanan semua sudah habis digunakan semasa suami saya tidak bekerja selama hampir 6 bulan.Sekarang walaupun suami sudah bekerja kembali gaji suami hanya cukup untuk buat pembelanjaan dapur ,bayar bil elektrik dan juga pembelanjaan persekolahan anak seramai 4 orang. Dulu semasa anak saya kecil dalam umur dua tahun saya pernah menang carseat tapi sedih carsaet itu sudah tidak dapat digunakan lagi sebab tak muat untuk anak saya yang semakin membesar. Semoga ada terselit rezeki untuk anak saya untuk menang carseat. Akhir sekali terima kasih kepada semua penganjur yang dermawan semoga bisnes anda semua terus maju dan sukses selalu,aamiin.

Baca lagi